web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Industri Perhotelan Bakal Gulung Tikar Jika Tiada Bantuan Kerajaan, kata MAH

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2021 7:28PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN -  Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mendedahkan industri perhotelan mengalami kerugian minimum RM300 juta bagi setiap dua minggu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Presidennya,  Datuk N. Subramaniam berkata, industri itu akan gulung tikar sekiranya tiada langkah strategik diambil oleh kerajaan bagi menyokongnya, dengan kerugian dijangka mencecah hingga berbilion ringgit menjelang hujung tahun.

 N. Subramaniam
N. Subramaniam

Justeru, Subramaniam, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Cahaya Bulan Resort PCB di Kelantan berkata, bantuan segera diperlukan bagi membantu industri perhotelan bertahan terutama ketika ia sudah mengalami kerugian berjumlah RM6.5 bilion.

“Kita tidak boleh membiarkan industri perhotelan ini lumpuh. Kita perlu memastikan ia dapat dipulihkan, dalam masa yang sama mengekalkan keupayaan pelancongan di negara ini,” jelas Subramaniam seperti yang dilaporkan oleh The Vibes

Dalam pada itu, satu mesyuarat tergempar telah diadakan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) pada Khamis lalu. Persatuan itu telah menghantar 19 cadangan bagi bantuan segera. Difahamkan kementerian sedang mengumpul maklumat untuk dibentangkan di Kabinet.

Cadangan itu antara lain ialah menyelesaikan kelewatan pemberian dana di bawah  Program Subsidi Upah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang dimohon hotel  selain kenaikan diskaun untuk bil  elektrik dan air daripada 10 peratus kepada 50 peratus untuk hotel-hotel hingga September tahun ini.  

Jelasnya lagi, sekiranya perkara ini berterusan ia akan mengakibatkan lebih ramai pekerja hilang pekerjaan atau berdepan pemotongan gaji serta terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

MAH juga memainkan peranan penting dalam menyediakan Kertas Putih berkenaan industri pelancongan dan perhotelan, yang telah dibentangkan kepada badan Tourism Malaysia berbentuk cadangan serta bantuan tambahan kepada industri berkenaan.

Antara kandungan Kertas Putih itu juga adalah mencadangkan agar pembukaan enam fasa bagi membolehkan industri menerima pelancong antarabangsa secara berperingkat.

Subramaniam turut menggesa supaya tenaga kerja sektor pelancongan dan keraian dimasukkan dalam senarai keutamaan bagi program pemvaksinan selepas anggota barisan hadapan dan kumpulan-kumpulan lain yang berisiko tinggi.- Getaran, 6 Febuari 2021

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar