web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lesen B2 Program MyLesen Kompeten – Hasbi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 3:12PM

Lesen Memandu B2 diperolehi melalui Program MyLesen kompeten. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Lesen memandu kelas B2 (motosikal) daripada Program MyLesen adalah kompeten seperti pemilikan lesen biasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lain, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Beliau berkata prosedur pengambilan lesen itu meliputi kursus kurikulum pendidikan pemandu (KPP), teori, praktikal dan praujian yang sama seperti yang ditetapkan JPJ.

"Walaupun lesen ini diberikan secara percuma, ia adalah lesen yang kompeten dan bukan 'lesen terbang' kerana kita mahu pastikan penunggang mematuhi peraturan di jalan raya sekali gus mengurangkan kadar kemalangan.

"Pemilik lesen B2 ini juga tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang jika gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ Rospiagos Taha.

Hasbi turut menyampaikan sumbangan 300 unit topi keledar tajaan Malaysia Rail Link (MRL) kepada penerima lesen B2 Kelantan.

Seramai 900 penduduk Kelantan menerima bantuan lesen memandu B2 menerusi program MyLesen dengan penerima termuda berumur 16 tahun dan yang paling tua berumur 67 tahun.

Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang mendapat bantuan pemilikan lesen tersebut perlu menghabiskan semua prosedur sehingga mendapat lesen memandu mengikut undang-undang yang ditetapkan.

"Kita tidak mahu penerima bantuan mengikuti kelas separuh jalan. Walaupun inisiatif ini diberi secara percuma kita mahu pastikan penerima memanfaatkannya sebaik mungkin agar matlamat kita untuk bantu golongan B40 tercapai," katanya.

Sementara itu, seorang pekerja pasar raya Siti Nor Ain Mohd Kamaruzaman, 22, berkata beliau sangat bersyukur menerima bantuan itu kerana nilai RM400 lebih untuk mendapatkan lesen motosikal sangat besar baginya dan beliau belum mampu menyediakan jumlah sebanyak itu.

"Lepas ini saya tidak perlu lagi risau menunggang motosikal untuk ulang-alik dari Kampung Salor, Kota Bharu ke tempat kerja di pusat bandar bagi menambah pendapatan keluarga," kata ibu kepada bayi berumur sembilan bulan itu dan menambah beliau bekerja bagi meringankan beban suaminya Mohd Hanif Zaki, 22, seorang mekanik. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad