web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Mohon Nama Menantu Bekas PM Dimasukkan Dalam Notis Merah Interpol

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 1:39PM

Dua individu termasuk menantu bekas Perdana Menteri dipercayai berada di luar negara dan gagal hadir ke pejabat SPRM selepas diarahkan, - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memohon kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memasukkan nama dua individu termasuk menantu bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke dalam senarai notis merah Polis Antarabangsa (Interpol), jika gagal tampil untuk menghadapi pendakwaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Muhammad Adlan Berhan, 48, dan Mansoor Saat, 69, dikehendaki tampil ke SPRM bagi tujuan pendakwaan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

"Kami juga telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa agar pasport antarabangsa mereka disenarai hitam," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 27 di sini hari ini.

Beliau berkata SPRM telah banyak kali berhubung dengan peguam kedua-dua individu terbabit, namun mereka masih gagal tampil ke pejabat SPRM seperti yang diarahkan.

Mengulas lanjut, Azam berkata SPRM mempunyai maklumat mengenai keberadaan individu berkenaan, namun enggan mendedahkannya.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Muhyiddin sekiranya diperlukan bagi membantu kes itu.

Sebelum ini, SPRM dalam kenyataan menyebut hasil semakan dengan Jabatan Imigresen mendapati kedua-dua individu terbabit meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 dan 21 Mei lepas serta tiada rekod masuk kembali ke negara ini.

Dalam perkembangan berasingan, Azam berkata SPRM sedang meneliti keterangan baharu sebelum memanggil Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan kes kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik, Kedah.

"Pegawai penyiasat kami sedang meneliti keterangan dan bukti-bukti baharu berkenaan. Oleh itu, SPRM telah menangguh dahulu untuk mengambil keterangan Muhammad Sanusi sehingga semuanya selesai," katanya.

Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN), Azam berkata setakat semalam, SPRM menerima 11 laporan mengenai rasuah dan salah laku ketika berkempen.

"Dua laporan diterima di Ibu Pejabat SPRM, manakala sembilan lagi diterima di pejabat SPRM negeri. Pihak kami kini sedang meneliti semua laporan berkenaan sebelum membuat tindakan lanjut," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan serta Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu dijalankan serentak pada Sabtu ini (12 Ogos).

Terdahulu, 75 pegawai kadet Penguasa Gred P41 berjaya menjalani kursus asas dan dianugerahkan Postgraduate Diploma in International Law Enforcement: Anti-Corruption Leadership (Level 7). - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar