web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Inspektor Sheila Kemuka Bantahan Awal Terhadap Tiga Pertuduhan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 4:26PM

Sheila Sharon Steven Kumar. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Seorang inspektor wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila', akan mengemukakan bantahan awal terhadap tiga pertuduhan dihadapinya, termasuk mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal.

Peguam M. Manoharan yang mewakili Sheila Sharon Steven Kumar, 35, memaklumkan demikian semasa sebutan kes itu di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini, di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Beliau berkata pihaknya akan memfailkan bantahan awal itu, kerana ia melibatkan isu berkaitan Perlembagaan selain mendakwa pertuduhan dihadapi anak guamnya tidak berasas dan remeh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya telah menyerahkan sebahagian dokumen berkaitan kes ini kepada pihak pembelaan kecuali rakaman video.

Sheila didakwa mengugut M. Silverkoomarie, 69, dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada wanita warga emas di No 8, Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak di sini, pada 12 tengah hari, 15 Jun lepas, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai polis wanita itu juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki P. Taneswaran, 31, dengan berkata “you tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu”, di lokasi dan tarikh sama pada 1 tengah hari, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni, Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur Beghwant Singh turut memaklumkan, pihak pendakwaan telah menyerahkan sebahagian dokumen berkaitan kes kepada pihak pembelaan.

Di mahkamah itu, Sheila berdepan pertuduhan menyebut berkenaan pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak, dengan maksud untuk mengaibkan kehormatannya di lokasi dan tarikh sama pada 1.25 tengah hari, mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Ketika ditemui pemberita, Sheila berkata beliau mahu berkhidmat untuk masyarakat dan ingin kembali bertugas sebagai pegawai penyiasat di Bukit Aman, bagi membanteras kejahatan dan kes jenayah. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan