web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Saran Syarikat Perladangan Tanam Sayur, Buah-buahan Bagi Tampung Keperluan Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 8:09PM

Syarikat perladangan tempatan disaran tanam sayur dan buah-buahan untuk pasaran tempatan. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM  -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan syarikat perladangan tempatan yang memiliki rizab tanah besar supaya menanam sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menampung keperluan makanan dalam negara yang semakin meningkat.

Anwar berkata beliau sudah memberi arahan kepada syarikat seperti Sime Darby Bhd, FGV Holdings Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd untuk melaksanakan penanaman tanaman makanan seperti itu.

"Ini adalah langkah jangka sederhana yang kita boleh buat untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Malaysia ni subur, mengapa sayur dan buah tidak cukup? Ini soal bekalan dan permintaan.

"Kerana itulah kita minta syarikat besar ini untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Harga cili dan bawang kini tinggi melangit kerana semuanya diimport," katanya dalam Sesi Dialog dan Minum Petang bersama warga Dell Technologies di sini hari ini.

Beliau berkata syarikat besar terbabit memiliki kepakaran dan sumber untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan.

Anwar juga berkata bagi menangani isu kos sara hidup yang tinggi, kerajaan akan terus memberi subsidi bagi bahan makanan asas dan memperluas inisiatif Rahmah ke semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara sebagai penyelesaian jangka pendek.

Mengenai perancangan kerajaan untuk menstabilkan nilai ringgit berbanding mata wang asing terutama dolar Amerika, beliau berkata isu itu sangat kompleks kerana ia ada hubungan dengan kesan tindakan ekonomi yang diambil oleh Amerika Syarikat yang di luar kawalan Malaysia.

Justeru, Perdana Menteri berkata adalah amat penting untuk meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia dengan mengekalkan kestabilan politik di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan.

"Sekarang ini, ringgit menguat sedikit disebabkan oleh kemasukan pelaburan asing seperti Tesla, Bosch, Geely dan Saudi Aramco maka jangan remehkan keperluan untuk satu kerajaan yang stabil dengan dasar ekonomi yang jelas.

"Kita tidak boleh hanya menyerahkan nasib kita kepada Rizab Persekutuan Amerika Syarikat kerana keputusan mereka mengenai kadar faedah akan memberi kesan kepada seluruh dunia namun kita boleh mengawalnya dengan memastikan wujud kestabilan dalam kerajaan melalui dasar ekonomi," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek