web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayaran Secara Dalam Talian, LKM Masih Dalam Fasa Ujian – Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 2:52PM

Kerajaan akan umumkan bila pembayaran LKM, LMM secara dalam talian dimulakan selepas fasa ujian selesai. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN -- Pembayaran secara dalam talian bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) akan diumumkan selepas pelaksanaan Bukti Konsep (POC) mengenainya selesai, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata perkara itu bagi memastikan sistem aplikasi MyJPJ berupaya untuk menampung trafik digital dan sistem tersebut tidak ranap setelah ia dilancarkan kelak.

"Dalam beberapa bulan lagi, kami akan lancarkan sistem pembayaran secara online ini melalui aplikasi MyJPJ," katanya kepada media selepas majlis pecah tanah pembinaan bangunan baharu Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang, di sini hari ini.

Beliau turut berkata pelancaran mod paparan digital iaitu Lesen Kenderaan Motor digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia digital (e-LMM) pada 10 Feb lepas adalah untuk mengurangkan kesesakan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Memandangkan ia akan mengambil masa bagi rakyat menyesuaikan diri, maka permohonan lesen dan cukai jalan secara digital atau fizikal atau kedua-duanya sekali masih diadakan," katanya.

Mengulas video tular mengenai dua warga Malaysia yang disaman di Thailand semalam, beliau berkata saman tersebut tertakluk kepada undang-undang tempatan di negara tersebut.

Loke menjelaskan penggunaan lesen digital hanya berkuat kuasa di negara ini dan pihaknya tidak mempunyai bidang kuasa dalam menentukan cara pelaksanaan penguatkuasaan pengangkutan dan undang-undang di negara lain.

"Kami sudah nyatakan tiada pemberhentian pemberian lesen fizikal kepada pemandu, jadi kalau mereka memandu di luar negara di mana negara itu perlukan lesen fizikal, maka mereka boleh mengambil lesen fizikal daripada JPJ masa perbaharui lesen," katanya.

Media tempatan melaporkan dua warga Malaysia disaman oleh penguat kuasa Thailand setelah menunjukkan lesen memandu digital selepas ditahan ketika menunggang motosikal di sebuah daerah di negara terbabit. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad