web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Saman SM Faisal, Caprice Selesai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 2:45PM

Caprice perlu muat naik permohonan maaf di akaun Instagram - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap Caprice, selesai secara baik selepas penyanyi rap itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan berkenaan, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili SM Faisal selaku plaintif berkata kedua-dua pihak, telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman itu.

Beliau berkata antara terma yang dipersetujui termasuk defendan iaitu Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, perlu memuat naik permohonan maaf di Instagram miliknya dalam tempoh 48 jam, manakala terma-terma lain termasuk kos, tidak boleh didedahkan secara terperinci.

“Defendan juga telah membuat permohonan maaf kepada plaintif, secara bersemuka,” katanya kepada pemberita selepas prosiding penyelesaian kes direkodkan di dalam kamar Hakim Azian Othman, yang turut dihadiri peguam Harjoth Singh mewakili Ariz.

Pada 15 Ogos 2022, SM Faisal menyaman Caprice atas dakwaan artis berkenaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya, yang mengaitkan ahli perniagaan itu dengan kes bekas isterinya Emilia Hanafi.

Plaintif memohon ganti rugi am, punitif, teladan, teruk dan kos, selain perintah injunksi supaya defendan mengeluarkan dan memadamkan hantaran fitnah itu.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding, SM Faisal berkata beliau gembira kes saman itu akhirnya dapat diselesaikan secara baik, manakala Ariz memberitahu dia akan memuat naik permohonan maaf terhadap plaintif dalam Instagram miliknya.

Semakan di Instagram milik Caprice mendapati penyanyi itu telah memuat naik permohonan maaf yang sebagaimana dipersetujui kedua-dua pihak. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad