web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengguna MEX Boleh Guna Kad Kredit, Debit Di Plaza Tol Putrajaya Mulai Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 8:17PM

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Pengguna lebuh raya boleh menggunakan kad kredit atau kad debit di Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) yang akan melaksanakan pengujian Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) di enam lorong bermula esok.

Bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan memantau pengujian SPT di Plaza Tol Putrajaya hari ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ini selaras dengan inisiatif kementerian itu untuk melaksanakan sistem tersebut secara berperingkat di 12 lebuh raya terpilih.

“SPT membolehkan pengguna lebuh raya membayar menggunakan kad debit atau kad kredit sekali gus memberikan alternatif baharu dan kemudahan kepada pengguna dalam proses pembayaran tol selain kaedah sedia ada seperti Touch n’ Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID),” katanya.

Beliau berkata SPT akan dilaksana sepenuhnya di Lebuhraya MEX, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Terowong SMART, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dan Jambatan Pulau Pinang (JPP), Lebuhraya Besraya, Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Katanya pelaksanaan sepenuhnya SPT di 12 lebuh raya terbabit merangkumi 31 plaza tol dan 81 lorong.

Nanta berkata Maju Expressway Sdn Bhd (MESB), syarikat konsesi Lebuhraya MEX, adalah antara yang terawal akan melaksanakan sistem SPT dan pengujian sistem itu sudah bermula pada Julai 2023 bagi memastikan kesediaan serta kelancaran pelaksanaan operasi selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Pihak Kementerian Kerja Raya sentiasa dimaklumkan mengenai tahap kesediaan dan perkembangan pengujian yang kini dijalankan secara berperingkat oleh LLM bersama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.

“Pelaksanaan SPT harus dijalankan secara teliti dan terperinci dengan mengambil kira pelbagai proses libat urus seperti aspek teknikal, keselamatan, perundangan dan pengendalian rekod transaksi tol itu sendiri bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa diutamakan,” katanya.

Beliau turut menasihati pengguna lebuh raya untuk memastikan baki kad debit dan kad kredit mencukupi sebelum digunakan untuk pembayaran tol selain perlu menyentuh kad tempat yang ditetapkan pada terminal SPT bagi memastikan pembayaran tol berjalan lancar. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 16 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad