web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan Tujuh Lelaki Susulan Gaduh di Restoran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 8:09PM

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -- Polis menahan tujuh lelaki berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an, bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan yang berlaku di sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang dekat sini semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua suspek terbabit, ditahan pada hari yang sama dan hasil siasatan mendapati, punca pergaduhan tersebut disebabkan oleh perselisihan faham melibatkan kumpulan motosikal.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 30 saat, memaparkan pergaduhan membabitkan lebih daripada 10 orang lelaki yang berbalas pukulan, dan membaling kerusi kepada individu lain.

Sementara itu, mengulas berhubung mogok lapar yang memasuki hari ketiga di luar penjara Sungai Buloh, Hussein berkata seramai 44 ahli keluarga termasuk lapan kanak-kanak, masih berada di kawasan tersebut setakat 2 petang tadi.

“Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 4 (2)(f) dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, serta Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan polis nasihatkan mereka yang terlibat supaya bersurai,” katanya.

Media melaporkan kira-kira 100 ahli keluarga kepada 69 tahanan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), melancarkan mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh sejak Isnin lalu (31 Julai).

Dalam pada itu, Hussein berkata sebanyak 272 laporan diterima polis setakat ini sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor dan daripada jumlah itu, tujuh kertas siasatan dibuka dengan kebanyakan kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad