web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Satu Ujian Teori Saja Untuk Lesen Memandu Kelas Berbeza

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 4:55PM

Anthony Loke - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Individu yang telah mempunyai lesen memandu kereta atau motosikal tidak perlu jalani ujian teori kali kedua untuk memohon lesen dalam kelas berlainan, berkuat kuasa 15 Sept ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Sebagai contoh, katanya. seseorang yang sudah lulus ujian  Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) dalam lesen memandu motosikal tidak perlu menduduki KPP01 untuk kali kedua apabila mengambil lesen memandu kereta.

Calon, bagaimanapun, masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian praktikal di litar dan praktikal di jalan raya secara berasingan apabila mengambil lesen memandu motosikal dan kereta, katanya.

"Umum  mengetahui bahawa dalam kalangan rakyat Malaysia kebanyakannya mengambil lesen bagi motosikal dan kereta. Jadi kita gabungkan kelas teori dan ujian tersebut kerana tak perlu duduk dua kali,” katanya dalam sidang media, di sini. hari ini.

Loke berkata kaedah penggabungan itu pernah diamalkan di Malaysia sebelum ini sebelum ia diubah pada satu ketika, serta menambah sistem itu tidak akan menjejaskan tahap kekompetenan pemandu.

“Kita bawa balik sistem itu (sistem lama) gabungkan untuk mudahkan pemohon," katanya ia memudahkan cara pengambilan lesen memandu serta menjimatkan masa dan kos sehingga RM100 bagi pemohon lesen. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad