web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Seru Rakyat Hayati, Teladani Ketokohan Negarawan Tun Dr Ismail

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 1:22PM

Pengunjung melihat sudut pameran pada Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj: Tonggak Perpaduan Negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat khususnya pemimpin menghayati dan meneladani ketokohan serta jasa negarawan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dalam membangunkan negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata Seri Paduka menyifatkan Dr Ismail sebagai negarawan yang tiada galang ganti.

Menurutnya, Al-Sultan Abdullah juga menyifatkan Allahyarham sebagai antara tokoh dan figura utama perpaduan negara, yang memainkan peranan amat penting dalam mengukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama, terutama pascarusuhan dan pascaperbalahan kaum pada 1969.

“Seri Paduka bertitah Allahyarham sepanjang perkhidmatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan anggota Jemaah Kabinet juga telah mempamerkan sifat-sifat insan unggul yang berhemah tinggi, berintegriti dan sentiasa bersedia untuk menyumbang demi negara.

“Justeru, Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi harapan agar jasa dan pengorbanan Allahyarham bukan sahaja menjadi sumber inspirasi dan teladan seluruh rakyat Malaysia, malah juga wajib dicontohi para pemimpin masyarakat dan politik demi kemakmuran dan kesejahteraan negara tercinta,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Zahari berkata Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa sukacita dan menyambut baik inisiatif kerajaan, khususnya Kementerian Komunikasi dan Digital yang mengadakan program hari ini bagi memperingati jasa dan bakti Dr Ismail sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Menurutnya, Seri Paduka bertitah selain memperingati jasa dan memberi penghormatan, inisiatif itu juga dapat memupuk dan menaikkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda agar tidak lupa dan mempersia-siakan pengorbanan negarawan seperti Dr Ismail.

“Seri Paduka mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan para solihin,” katanya.

Bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan ini, Zahari berkata Seri Paduka turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar Malaysia terus dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan perpaduan yang berkekalan serta dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana.

Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj-Tonggak Perpaduan Negara yang dianjurkan bagi mendidik generasi muda berkenaan sumbangan tokoh itu dalam membangunkan negara, berlangsung hari ini di Dataran Merdeka, di sini, dan akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad