web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendidikan Keamanan Perlu Kearah Penyelesaian Konflik Tanpa Kekerasan di ASEAN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 8:56PM

Datuk Seri Mohamad Hasan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Mengintegrasi pendidikan keamanan dan kurikulum pendidikan ketenteraan profesional boleh membantu ke arah mencegah keganasan serta menggalakkan penyelesaian konflik tanpa kekerasan di ASEAN.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pendekatan sedemikian adalah penting dalam landskap keselamatan yang kompleks ketika ini kerana campur tangan ketenteraan sering kali disertai dengan keperluan mewujudkan strategi bagi membina keamanan pascakonflik.

“Adalah penting pendidikan ketenteraan hari ini merangkumi konsep kritikal mengenai keamanan, prinsip kemanusiaan, hubungan sivil-ketenteraan dan usaha membina keamanan.

“Peranan pendidikan dalam pembinaan keamanan terutama dalam suasana pascakonflik boleh menyumbang secara signifikan ke arah penyatuan keamanan,” katanya dalam ucapan pembukaan Mesyuarat ke-25 Ketua-Ketua Universiti, Kolej dan Institusi Pertahanan Forum Serantau 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata kestabilan di rantau ASEAN hendaklah diutamakan dan kesemua hasil ini perlu direalisasi di peringkat dasar.

Mengulas penganjuran acara itu, Mohamad berkata ia menjadi platform untuk berkongsi pengalaman mengenai amalan terbaik dan pengajaran yang diperoleh ke arah usaha membina keamanan. 

“Melalui penyelidikan bersama, inisiatif pembiayaan dan program bergerak, kita boleh menambah baik biasiswa akademik mengenai wacana pembinaan keamanan. Kita juga mungkin memfokus kepada kerjasama serantau ke arah pembinaan keupayaan dan latihan,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad