web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Komited Promosikan Penghormatan, Perlindungan Terhadap Al-Quran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 11:39AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Sebagai anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Malaysia terus komited mempromosikan penghormatan dan perlindungan terhadap al-Quran serta memerangi sentimen Islamofobia yang semakin meningkat.

Kenyataan itu disampaikan pada Isnin oleh Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Luar Biasa ke-18 Majlis Menteri-menteri Luar Negeri (FM) Negara-Negara Anggota OIC mengenai Jenayah Berulang Penghinaan dan Pembakaran Salinan Al-Mushaf Al-Sharif di Sweden dan Denmark.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada  Selasa, agenda utama Sesi Luar Biasa yang diadakan secara maya itu adalah untuk membincangkan insiden penghinaan kitab suci al-Quran yang berulang di Sweden dan Denmark.

"Timbalan Menteri menyampaikan kenyataan Malaysia, yang menekankan pentingnya mematuhi prinsip universal menghormati semua agama dan kitab suci mereka, dan bagi semua pihak untuk bekerjasama dalam menangani isu Islamofobia demi menonjolkan imej sebenar Islam iaitu keamanan, kesederhanaan dan toleransi," menurut kenyataan itu.

Sebanyak 32 negara menyampaikan kenyataan negara masing-masing dan sebulat suara mengutuk kejadian-kejadian penghinaan serta pembakaran al-Quran yang berlaku di beberapa negara serta menyeru kerajaan-kerajaan berkenaan untuk mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan.

Sesi itu juga menerima pakai Resolusi mengenai Jenayah Berulang Penghinaan dan Pembakaran Salinan Al-Mushaf Al-Sharif di Sweden dan Denmark.

Antara intipati utama resolusi itu adalah mengutuk sekeras-kerasnya kejadian berulang menghina dan membakar kitab suci al-Quran, menegaskan semua negara-negara anggota OIC mengutamakan agenda memerangi Islamofobia, dan memastikan agenda ini sentiasa diberi penekanan di platform antarabangsa, iaitu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Hak Asasi Manusia.

Sesi yang berlangsung di Jeddah itu dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri Mauritania, Mohamed Salem Ould Merzoug yang juga pengerusi semasa OIC FM, menurut kenyataan itu.

Pada 24 Julai, OIC mengkritik tindak balas Sweden dan Denmark terhadap penghinaan al-Quran yang berulang pada  Isnin, sementara pemimpin Sweden menyatakan bahawa kedua-dua negara sedang berbincang mengenai kemungkinan larangan atas tindakan sedemikian.

OIC pada Isnin mengadakan mesyuarat untuk membincangkan penghinaan Quran dan menyatakan 'kekecewaan' terhadap respons Sweden dan Denmark.

Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha, menyeru kedua-dua negara terbabit untuk mencegah penghinaan Quran dan "menyatakan kekecewaannya kerana tiada langkah-langkah diambil dalam hal ini sehingga kini," menurut OIC. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar