web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Pemain Bola Sepak Dituduh Pecah Rumah, Simpan Barang Curi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 3:54PM

Bekas pemain bola sepak Liga Super Mohd Azinee Taib (kanan) dan rakannya Khairul Akmal Zainol Abidin (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Pontian hari ini atas pertuduhan pecah masuk rumah dan menyimpan harta curi, antara Jun dan awal bulan ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN -- Seorang bekas pemain bola sepak Liga Super dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan membabitkan pecah rumah dan menyimpan harta curi.

Mohd Azinee Taib, 33, mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Beliau didakwa bersama dua rakan yang masih bebas memecah masuk rumah milik Neo Kong Yiew di Lorong 8, Taman Benut Utama dekat sini, bagi maksud mencuri pada 12.05 tengah hari, 8 Jun lalu.

Mohd Azinee turut didakwa bersama Khairul Akmal Zainol Abidin, 31, dan Muhammad Hairul Hafiz Muzaren, 24, melakukan pecah rumah dengan niat mencuri harta benda milik See Chai Lian di Taman Cendana, Benut, dekat sini, kira-kira 1.15 tengah hari pada 3 Julai lepas.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan bagi mana-mana satu kesalahan dilakukan kali kedua atau yang kemudian, dikenakan denda atau sebat.

Khairul Akmal dan Muhammad Hairul Hafiz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mohd Azinee juga didakwa atas pertuduhan menyimpan harta curi iaitu sebuah telefon bimbit yang mempunyai kad sim milik See Chai Lian, di Jeti Nelayan Ayer Baloi, dekat sini, pada 4.30 petang, 3 Julai 2023.

Selain itu, Muhammad Hairul Hafiz dituduh menerima harta curi antaranya beg dompet jenama Fossil, dua keping tiket kapal terbang Vietnam Airlines atas nama Tree Ching Beng dan sejumlah wang kertas mata wang Korea Selatan.

Dia yang didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan Jalan Batu Pahat-Sanglang dekat Ayer Baloi, dekat sini, 1.30 tengah hari hari sama, mengaku tidak bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya Nurezzati Zaini menawarkan jaminan RM12,000 untuk setiap pertuduhan namun ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon ia dikurangkan kerana mereka menanggung keluarga.

Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, selain mereka diarahkan melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Ogos ini.

Awal bulan ini, polis menumpaskan 'Geng Eddy' dianggotai lima lelaki tempatan termasuk seorang bekas pemain bola sepak yang aktif dalam kegiatan pecah rumah di daerah ini, Batu Pahat, Muar dan Tangkak sejak Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Pontian Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata dengan penangkapan kesemua suspek berusia 24 hingga 34 tahun itu, polis berjaya menyelesaikan 13 kes pecah rumah dengan kerugian dianggarkan mencecah RM350,000. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad