web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Hina Al-Quran, Wisma Putra Panggil Duta Sweden

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2023 8:00AM

Malaysia mengecam keras insiden menghina kitab suci Al-Qiran di Stockholm pada 20 Julai - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA  — Kementerian Luar pada Isnin memanggil Duta Besar Sweden ke Malaysia Dr Joachim Bergstrom untuk menzahirkan kecaman keras kerajaan Malaysia terhadap tindakan menghina kitab suci Al-Quran di Stockholm, Sweden pada 20 Julai.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan dalam pertemuan itu, pihaknya menegaskan kepada Duta Besar bahawa kebebasan bersuara perlu diamalkan dengan penuh tanggungjawab serta mengambil kira sensitiviti agama kepelbagaian komuniti global.

 “Kementerian ini menegaskan kembali bantahan dan kekecewaan Malaysia terhadap Kerajaan Sweden yang telah memberikan kelulusan dan membenarkan tindakan menghina Al-Quran dilakukan berulang kali di Sweden dengan alasan kebebasan bersuara. 

"Walaupun cubaan membakar Al-Quran itu gagal, tindakan provokatif memijak kitab suci ini tetap mengakibatkan kegusaran dan menyinggung jutaan umat Islam seluruh dunia," menurut kenyataan itu.

Dalam hal ini, Wisma Putra menggesa Kerajaan Sweden untuk menilai semula pelaksanaan konsep kebebasan bersuara dan mengambil langkah segera dan tindakan yang perlu untuk menamatkan "Islamofobia berstruktur".

“Perbuatan tidak menghormati mana-mana agama berpotensi mencetuskan kebencian dan akan menjejaskan keharmonian serta budaya hidup bersama secara aman di kalangan masyarakat yang berbilang agama,” menurut kenyataan itu.

Ini merupakan kali ketiga tindakan keji itu dilakukan di Sweden tahun ini, selepas insiden pertama dan kedua pada Januari dan Jun 2023. — BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Bebaskan Semua Aktivis Tanpa Syarat, Jamin Keselamatan Mereka’ - Wisma Putra

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas Thailand-Kemboja Bermula Di Putrajaya Di Tengah Ketegangan Sempadan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Tribunal Kastam Ditemui Maut, Kaki Dan Leher Terjerut ‘Cable Tie’

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 36 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar