web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MIliki 15 Rekod Jenayah, Lelaki Ditahan Pecah Rumah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2023 8:44PM

Video suspek memanjat pagar sebuah rumah tular di media sosial - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU -- Polis menahan seorang lelaki yang mempunyai 15 rekod jenayah kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di sebuah kediaman di Taman Aman, Kluang Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata lelaki tempatan berumur 30-an itu ditahan di sekitar Kluang kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Beliau berkata polis menerima laporan kejadian pecah rumah itu pada 6.42 pagi, Jumaat dan siasatan mendapati ketika kejadian, rumah berkenaan tiada penghuni dan hanya disedari pengadu selepas penggera di telefon bimbitnya berbunyi.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki telah memanjat masuk ke dalam rumah melalui pagar di depan rumah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan rekod mendapati lelaki itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik serta didapati positif dadah jenis methamphetamine menerusi ujian air kencing.

"Lelaki berkenaan kini ditahan reman selama lima hari mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya sambil menambah kejadian itu tidak melibatkan kehilangan wang atau barang berharga.

Terdahulu, tular satu video berdurasi seminit 10 saat menerusi media sosial memaparkan seorang individu memanjat pagar di sebuah rumah. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Kolum 19 jam yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran