web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sunat Doakan Kebaikan Buat Pemimpin, Haram Jika Sebaliknya - Khairuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2023 10:06PM

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR —  Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menetapkan bahawa adalah sunat untuk rakyat mendoakan kebaikan buat pemimpin mereka.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ajaran sama menetapkan bahawa adalah haram untuk mendoakan laknat atau keburukan ke atas mereka.

Menurut beliau, kebaikan dilakukan seseorang pemimpin itu menjadi asbab untuk rakyat menerima limpahan kebaikan.

“Kejahatan mereka pula menjadi sebab umat berhadapan dengan pelbagai bencana dan kejahatan daripada mereka,” katanya.

Jelas Khairuddin, akidah itu berbeza dengan kelompok Khawarij yang mengangkat senjata memerangi pemerintah umat Islam apabila melakukan dosa.

Kelompok berkenaan juga katanya. mengkafirkan pemimpin disebabkan oleh dosa besar mereka dan mendoakan keburukan ke atas pemimpin.

“Demikianlah dinukilkan oleh tokoh-tokoh Ulama seperti Abdullah bin al-Mubarak (118-181 H), Imam Baihaqi (384-458 H) dan Imam Nawawi (631-676 H).

“Berkata Imam Abdullah bin al-Mubarak, sesiapa yang berkata dikerjakan solat berjamaah di belakang pemimpin yang baik dan jahat, berjihad bersama setiap khalifah dan tidak berpandangan keluar memberontak menentang penguasa dengan pedang dan mendoakan untuk mereka agar menjadi baik maka terkeluarlah daripada pegangan kelompok Khawarij dari awal hingga akhirnya,” katanya, memetik Syarah al-Sunnah oleh al-Barbahari.

Doa Rasulullah SAW agar Allah SWT memudahkan urusan pemimpin yang memudahkan rakyat bukan dalil untuk mengharuskan orang Islam mendoakan keburukan kepada pemimpin - gambar hiasan
Doa Rasulullah SAW agar Allah SWT memudahkan urusan pemimpin yang memudahkan rakyat bukan dalil untuk mengharuskan orang Islam mendoakan keburukan kepada pemimpin - gambar hiasan

Beliau memberitahu, Imam Baihaqi yang memetik Abu Uthman pula berkata, rakyat perlu menasihati penguasa dan memperbanyakkan doa agar melakukan kebaikan serta bimbingan dengan perkataan, tindakan dan keadilan.

“Kerana sesungguhnya apabila mereka menjadi baik maka baiklah hal ehwal hamba-hamba Allah dengan sebab kebaikan mereka. Dan jangan sama sekali kamu mendoakan laknat ke atas mereka lalu mereka bertambah kejahatan dan bertambah bala bencana ke atas orang-orang Islam. Tetapi doakan untuk mereka taubat lantas mereka meninggalkan kejahatan. Dengan itu terangkatlah bala benjana ujian Allah daripada orang beriman,” katanya, seperti dijelaskan oleh Syu'ab al-Iman Hadis 7401 Fasal Tentang Menasihati Pemimpin dan Memperingatkan Mereka.

Khairuddin menarik perhatian, Imam Nawawi juga menetapkan bahawa mendoalan kebaikan untuk pemimpin dan tentera Islam adalah sunat, mengikut sepakat ulamak dalam Juz 4, muka surat 391 Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab.

“Demikianlah Akidah Ahlil Sunnah wal Jamaah.

“Adapun doa Rasulullah SAW yang umum agar Allah memudahkan urusan pemimpin yang memudahkan urusan rakyat dan menyusahkan para pemimpin yang menyusahkan rakyat, ia adalah doa umum untuk pelaku kebaikan dan kejahatan.

“Ia bukannya dalil mengharuskan orang Islam mendoakan keburukan kepada pemimpin tetapi ia dalil kewajipan pemimpin memudahkan urusan rakyat dan haram bagi para pemimpin menyusahkan rakyat,” katanya. - Getaran, 20 Julai 2023

Sorotan

1

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

2

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

3

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

4

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

5

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad