web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Ada Dasar Pragmatis Depani Cabaran Geopolitik Semasa - Zambry

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2023 8:26PM

Dr Zambry Abdul Kadir - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA  -- Malaysia perlu mempunyai pendekatan untuk dilihat sebagai sebuah negara berkuasa tengah atau ‘middle power’ dengan mempunyai polisi pragmatis dalam mendepani cabaran geopolitik semasa, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. 

Beliau berkata Malaysia berada di posisi penting dalam situasi geopolitik semasa yang melibatkan persaingan sengit antara kuasa besar China dan Amerika Syarikat (AS) dan perlu ada polisi pragmatis dalam mendepani cabaran geopolitik berkenaan.

“Kita kena ambil pendekatan bagaimana hendak letak Malaysia sebagai ‘middle power’. Kita tahu kita bukan kuasa besar tetapi pada masa sama kita tidak boleh dilihat sebagai kuasa yang tidak mempunyai kesan langsung. 

“Tidak boleh dinafikan Malaysia berada di kawasan paling strategik ketika persaingan kuasa besar ini. Dengan Malaysia berada di kawasan perairan sangat sibuk seperti Laut China Selatan dan Selat Melaka, sudah tentunya Malaysia perlu jadi negara yang ada polisi pragmatis dalam melihat persekitaran yang berlaku, “ katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat kedua Majlis Perundingan Mengenai Dasar Luar Negeri (CCFP) di Wisma Putra di sini. 

Turut hadir pada mesyuarat itu ahli-ahli CCFP  terdiri pakar-pakar tempatan dalam pelbagai bidang yang mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa serta para perwakilan Malaysia di luar negara yang menyertai secara maya.  

Kedudukan Malaysia di perairan Laut China Selatan amat strategik - gambar hiasan
Kedudukan Malaysia di perairan Laut China Selatan amat strategik - gambar hiasan

Sehubungan itu, beliau berkata dasar berkecuali yang dirangka Malaysia sangat penting supaya tidak dilihat sebagai negara yang terlalu condong ke kanan atau kiri ataupun menyokong mana-mana negara berkuasa besar yang akan memberikan impak tidak seimbang kepada Malaysia. 

Katanya, Malaysia perlu memastikan setiap dasar berkecuali diambil memberikan kesan positif terhadap persekitaran geopolitik semasa termasuk di Asia dan Indo Pasifik. 

Mengulas mengenai mesyuarat hari ini, Zambry berkata ia membincangkan dua perkara utama iaitu kedudukan ekonomi dunia termasuk kesan daripada persaingan sengit daripada kuasa besar China dan AS terhadap negara lain seperti Malaysia yang kuasanya berada di tengah-tengah. 

Katanya, mesyuarat turut membincangkan cabaran geopolitik semasa dan apakah sebenarnya pendekatan Malaysia apabila ada negara tertentu menubuhkan kerjasama keselamatan seperti AUKUS (pakatan Australia, United Kingdom dan AS).

Sementara itu, Zambry dalam satu kenyataan berasingan berkata perlunya ada satu usaha diplomasi ekonomi di peringkat kementerian yang lebih proaktif dan berterusan, melalui kerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan yang menguruskan hal ehwal perdagangan dan ekonomi antarabangsa.

“Aspek yang lebih penting adalah kestabilan negara yang akan menarik minat lebih banyak pelabur asing untuk melabur di Malaysia,” katanya. 

Malaysia akan terus memelihara kerjasama dan kesepakatan ASEAN - gambar hiasan
Malaysia akan terus memelihara kerjasama dan kesepakatan ASEAN - gambar hiasan

Beliau berkata isu-isu seperti perubahan iklim, pelucutan senjata, sains dan teknologi, serta keterjaminan makanan dan tenaga akan terus diperjuangkan oleh Malaysia di peringkat global. 

Menjelang Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 kelak, Malaysia akan terus berusaha bersama-sama rakan-rakan ASEAN untuk memelihara kesepakatan dan kesejahteraan ASEAN.

Penubuhan CCFP adalah bertujuan sebagai wadah konsultasi dengan pakar dan pemegang taruh berkenaan hal ehwal luar negeri bagi membolehkan Wisma Putra meraih perspektif dan idea baharu berkaitan hal ehwal luar negeri.  -- BERNAMA 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 15 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar