web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga PDRM Perlu Kritis, Konstruktif Dalam Melaksanakan Tugas - Ayob Khan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2023 12:03PM

Ayob Khan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Setiap warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan agar sentiasa berfikiran kritis dan konstruktif dalam melaksanakan tanggungjawab serta kreatif dan inovatif dalam mencari penyelesaian apabila berdepan sebarang isu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata tanggungjawab yang digalas warga PDRM, bukan hanya tertumpu kepada usaha mengurangkan indeks jenayah atau menjaga ketenteraman awam, tetapi turut meliputi pengukuhan pasukan dari aspek modal insan dan keperluan logistik.

“Pucuk pimpinan amat menggalakkan warganya untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan serta arif dengan penugasan yang dilakukan, di samping mempunyai keseimbangan rohani dan jasmani ketika mendepani masyarakat yang semakin peka hari ini.

“Dalam mendepani kesibukan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), Alhamdulillah kita masih dapat meneruskan agenda inovasi pasukan sebagaimana yang telah direncanakan. Penganjuran Hari Inovasi PDRM 2023 ini mencerminkan komitmen pasukan dalam memenuhi hasrat kerajaan ke arah membudayakan inovasi dalam tugas harian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Inovasi PDRM 2023 di sini, malam semalam.

Ayob Khan berkata sambutan yang bermula sejak 2010 itu merupakan inisiatif berterusan PDRM dalam mengiktiraf garapan idea warga pasukan seterusnya diterjemahkan melalui penghasilan produk dan perkhidmatan yang disuntik elemen inovasi agar memberi impak kepada organisasi dan masyarakat.

“Menerusi platform pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif, idea dan ciptaan baharu dihimpunkan sebagai penyelesaian permasalahan berperanan menambah baik produk serta perkhidmatan sedia ada, bertepatan dengan tema sambutan kali ini iaitu ‘Inovasi Transformasi Perkhidmatan PDRM’,” katanya.

Tahun ini, PDRM menerima sebanyak 39 penyertaan dari seluruh negara dengan 11 daripadanya layak ke pusingan akhir membabitkan dua kategori iaitu penciptaan dan penambahbaikan.

Bagi kategori penambahbaikan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) muncul sebagai johan menerusi projek ‘My Bayar Saman PDRM’ yang memudahkan urusan pembayaran saman oleh masyarakat secara dalam talian selain berupaya meningkatkan integriti warga pasukan.

Projek Dr. Ghaz Sensor (DRGS), yang berfungsi mengesan pergerakan pendatang asing tanpa izin dan menghantar amaran ke Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan negara oleh PGA Briged Sarawak, dinobatkan johan bagi kategori penciptaan apabila berjaya mengurangkan indeks jenayah pendatang asing dan isu penyeludupan rentas sempadan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad