web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Pamer Lambang Darjah Kebesaran Tanpa Perkenan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2023 5:04PM

Orang awam dilarang memasang lambang darjah kebesaran Pahang tanpa kebenaran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN -- Orang awam diingatkan untuk tidak memasang atau mempamerkan lambang atau emblem darjah kebesaran Pahang tanpa kebenaran, selepas mengesan aktviti penjualan bintang dan lencana darjah kebesaran itu di platform e-dagang. 

Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata pihaknya menerima laporan berhubung penjualan darjah kebesaran itu pada Selasa lepas (11 Julai) yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan. 

"Adalah salah untuk individu menjual, mempamer untuk jualan atau memiliki apa-apa lambang, gelaran atau anugerah tanpa kebenaran bertulis daripada Sultan Pahang selain turut menjadi kesalahan jika mempamer atau melekat bahan yang mengandungi lambang, gelaran, anugerah atau replika mengenainya di kenderaan tanpa kebenaran. 

"Mereka yang telah melekat atau memasang lambang atau darjah kebesaran Pahang di kereta tanpa kebenaran dan perkenan Sultan Pahang perlu menanggalkannya dan polis akan melakukan operasi khas bagi mengesan mereka yang terlibat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini. 

Yahaya berkata siasatan penyalahgunaan lambang darjah kebesaran Pahang dijalankan mengikut Seksyen 3(1)(c) bagi kesalahan menjual atau memiliki dan Seksyen 3(1)(d) bagi kesalahan memasang atau mempamer, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar)  Pahang 2017. 

Seksyen itu memperuntukkan  hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara sehingga lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada perkembangan lain, Yahaya berkata polis Pahang menahan 419 individu berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM64,000 dalam Op Tapis Khas yang diadakan di seluruh negeri selama tiga hari bermula Isnin lepas (10 Julai). 

Daripada jumlah itu, 43 disyaki terlibat dalam pengedaran dadah dan sembilan lagi adalah individu dikehendaki polis.  -- BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

33 Terima Darjah Kebesaran Sempena Hari Wilayah 2024

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Kesan Mangsa Sindiket Darjah Kebesaran Palsu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hari Keputeraan Sultan Selangor: 97 Individu Terima Darjah, Bintang Kebesaran Esok

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPPA Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar