web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembaikan Cerun, Laluan Batang Kali-Genting Highlands Bermula Ogos, Siap Mac 2024

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2023 3:55PM

Kerja membaik pulih cerun di laluan Batang Kali-Genting Highlands akan bernula Ogos depan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM  -- Kerja-kerja fizikal pembaikan cerun dan jalan di laluan Batang Kali-Genting Highlands akan bermula akhir Ogos ini dan dijangka siap pada Mac tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim berkata setakat ini kemajuan projek pembaikan berkenaan berjalan lancar sebelum kerja-kerja secara fizikal bermula.

"Selepas kejadian itu (tragedi tanah runtuh), kami terus buat kajian dengan konsultan dan cadangkan langkah-langkah penyelesaian kepada cerun yang runtuh. Projek ini telah diluluskan pada Mei 2023 dan kami telah buat lantikan (kontraktor) serta dijangka siap Mac 2024.

"Kerja-kerja pembaikan adalah secara reka dan bina. Kontraktor dalam fasa akhir untuk muktamadkan reka bentuk 'TerraLink wall system'. Kerja-kerja pembaikan fizikal dijangka bermula pada akhir Ogos 2023," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di sini.

Katanya kerajaan Selangor memperuntukkan kira-kira RM19 juta bagi proses pembaikan cerun dan laluan tersebut.

Tragedi Batang Kali Disember tahun lalu meragut 31 nyawa - gambar fail
Tragedi Batang Kali Disember tahun lalu meragut 31 nyawa - gambar fail

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang masih menunggu ulasan daripada kerajaan Selangor, beliau berkata di peringkat negeri, pihaknya sedang menunggu laporan jawatankuasa siasatan kejadian tanah runtuh yang dilaksana dan diurusetiakan oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

"Laporan itu kini di peringkat draf akhir bagi pemakluman punca-punca kejadian dan cadangan tindakan yang perlu dilaksanakan," katanya.

Izham berkata buat masa ini hanya satu lorong sahaja dibuka dan terhad kepada pekerja di kawasan Genting Highlands.

Menurutnya lagi, beliau akan membuat lawatan di tapak projek berkenaan pada minggu hadapan bagi melihat kemajuan.

Tragedi 16 Dis 2022, pada kira-kira 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali.

Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak, dengan 20 mayat ditemukan di sektor A, satu sektor B dan 10 lagi di sektor C di kawasan perkhemahan tersebut. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.11 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Nafi Siasatan ‘Diperam’, Majoriti Kes Diselesai Ikut Tempoh - Ahmad Rosli

3

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad