web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sah, Ada Tahanan Lolos Dari Lokap IPD Dang Wangi - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2023 3:42PM

Tahanan berkenaan dipercayai terlepas ketika hendak dibawa ke mahkamah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Polis mengesahkan seorang tahanan telah meloloskan diri dari lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, semalam.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ketika kejadian, pihak polis dalam proses membawanya ke mahkamah untuk proses pertuduhan.

Beliau berkata kejadian berkenaan berlaku pada pukul 9.40 pagi dan polis telah melancarkan Op Cari bagi mengesan tahanan berkenaan.

“Dalam 1.50 tengah hari (hari yang sama), kami dapat mengesan dan menahan semula tahanan berkenaan (dan bawanya semula ke balai),” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata polis juga telah membuka kertas siasatan terhadap enam anggota polis yang sedang bertugas ketika kejadian dan tindakan susulan akan diambil ke atas mereka.

Mohd Shuhaily berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui sama ada timbul kelalaian daripada anggota bertugas atau suspek berkenaan mempunyai kepakaran tersendiri dalam meloloskan diri.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur mencatatkan lebih 26,000 saman dikeluarkan setakat Ahad lepas.

Beliau berkata kesalahan halangan lalu lintas direkodkan paling tinggi dengan 18,931 saman diikuti lain-lain kesalahan (3,217) dan kesalahan kenderaan di laluan pejalan kaki sebanyak 1,931 saman.

Menurutnya, sebanyak 86 individu turut ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dan trafik serta sebanyak 99 kenderaan telah disita.

“Yang menjadi kebimbangan saya ketika ini ialah kehadiran warga asing yang menunggang motosikal tanpa lesen. Ada dokumen tapi tiada lesen,” katanya.

Mengulas mengenai pemilikan motosikal, Mohd Shuhaily berkata rata-rata mereka menyewa daripada warga tempatan dan diberi oleh majikan.

Beliau berkata, operasi itu mendapat respons yang positif dan kebanyakan pengguna jalan raya di ibu negara memohon agar operasi ini dipanjangkan berbanding tempohnya hanya sebulan. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahanan Lolos: Baki 30 PATI Masih Diburu - Ruslin

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tak Sabar Mahu Pulang, Tahanan Malaysia Di Guantanamo Tunggu Usaha Diplomatik

3

Semasa 2 tahun yang lalu

86 Pendatang Tanpa Izin Lolos Diberkas Setakat Ini - Ketua Polis Perak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendatang Lolos Di Bidor: 39 Ditahan Setakat 8 Malam Tadi - Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi