web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Pindaan Berkaitan Kewarganegaraan Kanak-Kanak Dipersembah Kepada Majlis Raja-Raja - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2023 1:32PM

Anwar Ibrahim selepas menghadiri Majlis Persidangan Undang-undang Malaysia Antarabangsa 2023 hari ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempersembahkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat dalam usaha menyelesaikan isu kewarganegaraan anak bagi wanita rakyat Malaysia dan pasangan warga asing, yang lahir di luar negara.

Beliau berkata ia bertujuan membolehkan ibu warganegara Malaysia untuk mendapatkan hak seadilnya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam satu dua hari ni (akan menghadap Majlis Raja-Raja).

“Undang-undang menyebut hak warganegara hanya kepada bapa, tidak termasuk ibu. Jadi kita nak masuk ibu bapa, kerana dalam Perlembagaan, tak adil hanya letak bapa dan tak masuk ibu. Itu sahaja yang nak dikemukakan,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia (IMLC) 2023, di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, cadangan pindaan itu seterusnya dijangka akan dibentangkan di Parlimen September ini.

Terdahulu dalam ucapannya, ketika merujuk kepada masalah berkaitan isu penduduk tanpa kerakyatan, Anwar berkata Kementerian Dalam Negeri telah menerima banyak permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15(A) Perlembagaan Persekutuan, yang menuntut tindakan segera dilakukan bagi menanganinya.

Beliau berkata beberapa isu kritikal menyumbang kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk tanpa kerakyatan di Malaysia.

“Bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu yang merupakan warga Malaysia, pelbagai usaha sedang digerakkan bagi membantu menyelesaikan isu yang berkaitan dengan kewarganegaraan ini.

“Kita akan bentangkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan perkataan ‘bapa’ (whose father) dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua, dengan perkataan ‘sekurang-kurangnya salah seorang daripada ibu bapa’,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad