web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayi Perempuan Maut Dilanggar Pacuan 4 Roda

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 4:08PM

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEMAMAN - Seorang bayi perempuan berusia setahun lima bulan maut selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipercayai dipandu sepupunya di rumah mereka di Kampung Darat Kolam, Kerteh di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata mangsa Syaza Syazwina Zahra Mohd Sazali mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

"Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.30 malam tadi. Siasatan awal mendapati kenderaan tersebut dipandu sepupu mangsa yang berusia 19 tahun. 

"Kenderaan itu diparkir di hadapan rumah tersebut dan pemandu dikatakan sedang mengundur kenderaan untuk ke rumah bapa mentuanya di Rasau, Dungun," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Hanyan berkata dalam kejadian berkenaan, mangsa yang tinggal di rumah bersebelahan telah keluar tanpa pengetahuan ibunya dan berada di belakang kenderaan itu ketika ia sedang mengundur.

“Mangsa telah terkena tayar sebelah kiri kenderaan itu dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad