web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Waris 2 Mangsa Tragedi Kepala Air Jeram Air Putih Layak Terima Faedah PERKESO

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 5:59PM

Waris kepada dua mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, layak menerima bantuan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Waris kepada dua mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, layak menerima bantuan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

PERKESO dalam kenyataan hari ini memaklumkan waris kepada Allahyarham Karim Abdullah, 39, iaitu adiknya, Muhammad Firdaus akan menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000, di bawah Skim Keilatan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4). 

“Caruman Allahyarham Karim, yang sebelum ini berkhidmat sebagai pengendali jentera berat di sebuah syarikat pembalakan, melayakkan warisnya menerima faedah Pencen Penakat.

“Walau bagaimanapun, memandangkan isteri dan semua anaknya terkorban dalam kejadian kepala air tersebut serta ibu bapanya juga telah meninggal dunia, maka tiada lagi waris Allahyarham yang layak menerima Pencen Penakat tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, waris Allahyarham Muhammad Fikri Saliman, 24, juga layak menerima faedah FPM sebanyak RM2,000.

“PERKESO akan mendapatkan butiran waris dalam kadar segera bagi menyelesaikan bayaran faedah pengurusan jenazah,” menurut kenyataan itu.

PERKESO dalam kenyataan berkenaan turut merakamkan ucapan takziah kepada waris mangsa.

Dalam kejadian itu, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang dihanyutkan arus deras kepala air sewaktu berkelah di Jeram Air Putih pada 1 Julai (Sabtu). 

Setakat ini, sembilan mangsa terkorban berjaya ditemukan menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilaksanakan dan kesemua mereka telah selamat dikebumikan.

Selain Karim dan Muhammad Fikri, mereka yang terkorban adalah isteri Karim, Azizah Eiyi, 40, serta anak mereka Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; dan Putri Alleya Maisarah Karim,16, dalam tragedi menyayat hati itu.

Operasi SAR mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Air Putih, Putri Nor Fatin Karim, 14, masih diteruskan hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar