web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Akan Bertemu Elon Musk Bincang Untuk Tambah Pelaburan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 8:33AM

Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Elon Musk minggu depan untuk meninjau cara syarikat kenderaan elektrik gergasi itu menambah pelaburan di Malaysia - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan hartawan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk minggu depan untuk meninjau cara syarikat kenderaan elektrik gergasi itu menambah pelaburan di Malaysia.

“Minggu depan, Elon Musk meminta berunding dengan saya, untuk membincangkan kemungkinan komitmen beliau untuk menambah pelaburan di Malaysia, semua ini dengan bermulanya tata kelola dan pengurusan ekonomi yang baik.

“Minggu lepas, saya bertemu dengan pelabur-pelabur Jepun yang mahu menambah dan mengembangkan pelaburan mereka. Beberapa bulan yang lepas, saya ke negara China, hasil pelaburan China ke Malaysia adalah paling tinggi dalam sejarah,” katanya dalam ucapan pada Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini semalam.

Pada majlis itu, Anwar berkata tata kelola dan pengurusan ekonomi yang baik akan menarik minat dan keyakinan pelabur domestik dan asing untuk melabur di negara ini sekali gus memastikan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Pada 1 Mac, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementeriannya telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport kenderaan bateri elektrik (BEV) ke Malaysia. 

Beliau berkata Tesla akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan pusat servisnya dan mewujudkan rangkaian pengecas Superchargernya di Malaysia.

Pada masa ini, pusat servis rasmi Tesla yang terdekat terletak di Singapura dan pemilik daripada program pajakan Greentech telah menghantar kenderaan mereka ke Hong Kong untuk kerja-kerja utama. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek