web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerjasama KPDN, KPKM Melalui Op Jamin, Pantau Bekalan Beras Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 8:30PM

Penguatkuasa KPKM iaitu Kawalselia Padi dan Beras (KPB) dan Penguatkuasa KPDN melalui Op Jamin, akan melakukan pemeriksaan di peringkat pengilang padi atau beras, pemborong dan peruncit sama ada di pasar raya besar atau kedai runcit di seluruh negara - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Op Jamin, bagi menguatkuasa dan memantau bekalan beras di seluruh negara.

Menteri KPDN Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata penguatkuasa KPKM iaitu Kawalselia Padi dan Beras (KPB) dan Penguatkuasa KPDN melalui Op Jamin, akan melakukan pemeriksaan di peringkat pengilang padi atau beras, pemborong dan peruncit sama ada di pasar raya besar atau kedai runcit di seluruh negara.

“Pemeriksaan ini bagi memastikan keterjaminan bekalan beras putih tempatan dan beras putih import sentiasa mencukupi dengan harga yang terkawal,” katanya kepada pemberita di Pasar Raya Giant, Batu Caves di sini, hari ini.

Salahudin dalam masa sama berkata pihaknya akan melaksanakan Op Jamin tersebut selama sebulan dan akan melakukan pemeriksaan di 162 kilang memproses beras putih. 

Selain itu, beliau berkata pihaknya sentiasa memandang serius isu penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menukar bungkusan atau label beras putih tempatan serta menjual dengan harga beras putih import.

“KPDN dan KPKM ingin memberikan peringatan kepada semua pengilang, pemborong dan peruncit, agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan, termasuklah tidak mengambil kesempatan dengan melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras dengan menukar bungkusan beras putih tempatan kepada beras putih import dan dijual pada harga yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah KPB Datuk Azman Mahmood berkata pihaknya telah menerima satu aduan di Selangor, dan telah mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga beras tempatan daripada RM26 kepada RM26.60.

“Daripada tangkapan tersebut, kita telah membuat rampasan dan kita telah dakwa mereka di mahkamah…tentang aduan berkenaan isu penukaran bungkusan beras pula belum ada aduan rasmi,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 36 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 31 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 52 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad