web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Selangor Sedia Lebih 4 Hektar Tanah Perbesar 2 Sekolah Swasta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 3:40PM

Amirudin Shari berkata sekolah tersebut ialah Pusat Pendidikan Al-Amin, Gombak dan Sekolah Menengah Persendirian Cina Pin Hwa, Klang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengumumkan kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyediakan dua bidang tanah bagi dua sekolah swasta untuk menambah kapasiti pelajar dan pada masa sama menjamin keselesaan pembelajaran mereka. 

Beliau berkata sekolah tersebut ialah Pusat Pendidikan Al-Amin, Gombak dan Sekolah Menengah Persendirian Cina Pin Hwa, Klang yang telah membuat permohonan untuk memperbesarkan kawasan sekolah masing-masing membabitkan jumlah keseluruhan seluas 4.04 hektar. 

“Sekolah persendirian cina ini telah membuat permohonan lebih tiga tahun kerana sekolah yang sedia ada telah penuh. Begitu juga sekolah Al-Amin yang beroperasi sejak tahun 1990-an dan mahu memperbesarkan kawasan sekolahnya sesuai dengan keperluan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2023, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sedia mempertimbangkan permintaan yang sama dari sekolah-sekolah yang lain.  

Menurut Amirudin, sebanyak RM300,000 peruntukan tambahan akan disalurkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Midlands di sini.

“Peruntukan itu disediakan bagi mereka dapat menguruskan dan menyediakan asrama yang telah dibina oleh pihak kerajaan negeri,” katanya.

Bagi tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM26.5 juta kepada 988 sekolah melalui Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor untuk membaik pulih infrastruktur sekolah dan menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selesa bagi guru dan murid.

Bantuan tersebut melibatkan enam kategori sekolah iaitu Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Menengah Persendirian Cina serta Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Mubaligh. 

Sejak dimulakan pada 2009, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM260 juta bagi sekolah-sekolah di Selangor di bawah program berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

4

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad