Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mahkamah Rayuan Hantar Semula Permohonan Semakan Bung Moktar, Isteri Ke Mahkamah Tinggi

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2023 3:15PM

Bung Moktar Radin dan Zizie Izette Abdul Samad memfailkan permohonan semakan bagi mencabar perintah Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah tahun lepas - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Mahkamah Rayuan telah mengembalikan semula permohonan semakan yang difailkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar merit permohonan itu.

Pasangan itu memfailkan permohonan semakan bagi mencabar perintah Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah tahun lepas.

Hari ini panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin memerintahkan permohonan semakan pasangan itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk mempertimbangkan merit permohonan itu.

Hakim Hadhariah yang mengetuai panel itu berkata apabila permohonan semakan difailkan, adalah menjadi kewajipan Mahkamah Tinggi untuk mempertimbangkan merit permohonan itu tanpa mengira apa jua cara permohonan itu difailkan.

Beliau berkata dalam kes Bung Moktar dan Zizie Izette, Mahkamah Tinggi tidak berbuat demikian (untuk mendengar merit permohonan semakan) apabila mahkamah menolak permohonan semakan pasangan itu berdasarkan alasan mereka telah menggunakan kaedah yang salah ketika memfailkan semakan itu.

Hakim Hadhariah berkata tiada cara khusus dinyatakan dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964 mengenai bagaimana semakan boleh dilakukan.

Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi atas usulnya sendiri, boleh membuat semakan untuk sesuatu kes selepas membaca akhbar atau mendapatkan fail atau berdasarkan permohonan mana-mana pihak atau individu yang berminat pada mana-mana peringkat prosiding. 

“Dalam kes ini, permohonan semakan dikemukakan oleh peguam tertuduh (Bung Moktar dan Zizie Izette) di peringkat kes prima facie,” katanya.

Beliau kemudian menetapkan 14 Julai untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.

Pada 9 Disember tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid menolak permohonan semakan yang difailkan pasangan itu tanpa mendengar merit permohonan tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman itu menolak permohonan semakan tersebut selepas menerima bantahan awal pihak pendakwaan yang menyatakan pasangan itu telah menggunakan kaedah yang salah untuk memfailkan permohonan.

Mahkamah Sesyen pada 2 September tahun lepas, memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta melibatkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad. 

Ini mendorong mereka untuk memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi. Berikutan penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonan semakan itu, mereka memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada prosiding hari ini, mahkamah mendengar bantahan awal yang dibangkitkan pihak pendakwaan terhadap rayuan Bung Moktar dan Zizie Izette dengan menyatakan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi tidak boleh dirayu.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Bung Moktar diwakili peguam M.M.Athimulan manakala peguam Datuk K. Kumaraendran mewakili Zizie Izette manakala Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How bagi pihak pendakwaan. - Bernama

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Kumpulan JI Terap Ideologi Secara Mendalam, Sukar ‘Cuci Bersih’ Fahaman

Semasa 1 hari yang lalu

2 Anggota Polis Maut Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

Semasa 1 hari yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

oleh Wartawan The Vibes

Luar Negara 1 hari yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu