web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laporan Psikiatri Sahkan Yasin Layak Dibicarakan Kes Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 8:00PM

Yasin Sulaiman - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini diberitahu bahawa keputusan laporan psikiatri oleh Hospital Bahagia UIu Kinta, Perak mengesahkan penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman, layak dibicarakan bagi tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin ketika membacakan laporan tersebut berkata tertuduh disahkan tidak waras ketika kejadian.

“Bagaimanapun, keadaan mental tertuduh bertambah baik dan kini layak dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan serta mampu membela diri,” katanya semasa sebutan kes hari ini.

Ahmad Zuhaini berkata tertuduh juga disahkan menghidap penyakit kecelaruan bipolar dan hipertiroidisme.

“Sehubungan itu, pihak kami mohon tarikh sebutan untuk mendapatkan arahan daripada Jabatan Peguam Negara, mengenai perkembangan kes itu,” katanya.

Peguam Ariff Azami Hussein mewakili Muhammad Yasin pula berkata laporan psikiatri itu mengesahkan dua perkara mustahak iaitu, Muhammad Yasin tidak waras ketika kejadian dan layak dibicarakan.

“Kami percaya perbicaraan terhadap tertuduh boleh diteruskan seperti dimaklumkan pendakwaan, bicara secara formal mengikut Bab 33 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) supaya akhirnya satu perintah di bawah Seksyen 347 KTJ iaitu, penghakiman pembebasan atas alasan gangguan mental dapat dikeluarkan,” katanya yang memohon perbicaraan berlangsung secara singkat, iaitu selama dua hari.

Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad kemudian menetapkan sebutan kes pada 9 Ogos dan perbicaraan berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Ogos ini.

Muhammad Yasin, 48, yang dibawa dari Hospital Bahagia Ulu Kinta hadir pada prosiding hari ini, dengan memakai t-shirt berwarna hitam.

Pada 8 Mei lalu, mahkamah memerintahkan Muhammad Yasin dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk pemeriksaan tahap kesihatan mentalnya, selepas membenarkan permohonan pembelaan supaya tertuduh diperiksa oleh pakar psikiatri.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid' di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11.05 malam, 24 Mac tahun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya  (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, tarikh yang sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 6 Akta ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen  39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan dan Seksyen 6B (1) (a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3), yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad