web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PKTK Polis Tragedi Jeram Air Putih Ditutup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 8:16PM

Pencarian mangsa tragedi kepala air pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemukan sebarang petunjuk - Gambar Facebook JBPM Terengganu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, ditutup petang ini selepas pencarian mangsa tragedi kepala air pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemukan sebarang petunjuk.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata keputusan itu juga dibuat selepas ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 3.55 petang tadi mendapati akan berlaku ribut petir hingga 7 malam ini. 

"Cuaca pada hari ini tidak mengizinkan untuk pasukan membuat pencarian dan operasi telah ditangguhkan 2 petang tadi sebelum disambung semula sejam kemudian ... bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan.

"Operasi SAR pada hari ini juga akan ditangguhkan sebentar lagi dan akan disambung semula esok pada 9 pagi," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. 

Beliau berkata operasi SAR esok akan diteruskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan akan turut disertai agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, Hanyan turut mengingatkan semua agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang terlibat dalam operasi SAR selepas ini untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) SAR. 

"Saya tidak mahu ada tragedi dalam tragedi," katanya. 

Hanyan turut memaklumkan mayat kelapan yang ditemukan semalam iaitu Putri Alleya Maisarah Karim, 16, akan diserahkan kepada waris pada pukul 7 malam ini untuk dikebumikan.

Sementara itu, Ketua Zon 2 JBPM Terengganu Penguasa Kanan II Azman Alias berkata dua Pos Kawalan Hadapan JBPM dibuka di Kampung Seberang Tayor dan di Jeti Awam Kampung Pasir Minal hari ini. 

"Operasi SAR esok masih tertumpu di sektor A yang belum lagi mencakupi 60 peratus dan di sektor C. Di sektor B akan ditukarkan dengan Unit K9 untuk kerja flushing di semua kawasan sebelum keputusan lanjut dibuat.

"Saya sebagai Komander Operasi 2 tidak benarkan lagi mana-mana pihak masuk kawasan SAR dan ia hanya akan dibuka kepada orang awam selepas operasi ditamatkan," katanya. 

Pada Sabtu, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang dilaporkan datang berkelah di Jeram Air Putih sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.

Operasi SAR mencari 10 mangsa tragedi kepala air itu telah dimulakan pada Ahad dengan lapan mayat telah ditemukan setakat ini dan operasi mengesan dua lagi mangsa iaitu Putri Nur Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, giat dijalankan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad