Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KKM, Tolong Jangan Laksana Rayuan Prosiding Akta Racun 1952

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 8:38PM

Sekiranya kerajaan mengekalkan status semasa, ia seolah-olah memperlihatkan kerajaan mempertahankan vape nikotin dan e-rokok, sedangkan KKM sebelum ini memberi amaran bahawa produk terbabit mengancam kesihatan awam - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) disaran untuk tidak melakukan sebarang rayuan terhadap prosiding semakan kehakiman di mahkamah, susulan pengecualian gel nikotin dalam Akta Racun 1952.

Pengerusi Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Dr Murallitharan Munisamy berkata, KKM sebagai pembuat dasar boleh bertindak sewajarnya, namun agensi itu mungkin dihalang daripada berbuat demikian disebabkan kekangan daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun, menurut beliau, gesaan yang dibuat terhadap Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa sebagai responden itu tidak mempunyai sebarang motif dendam.

“Kami merayu kepada KKM dan pihak lain untuk tidak menentang kami di mahkamah demi kepentingan kesihatan awam.

“KKM boleh bertindak sebagai pembuat dasar, namun terdapat kemungkinan mereka dihalang daripada berbuat demikian,” katanya hari ini. 

Jelas Dr Murallitharan, kerajaan perlu mengembalikan cecair nikotin dalam senarai racun bagi mengatasi masalah ketagihan bahan tersebut, khususnya kanak-kanak dan golongan muda.

Katanya, ahli-ahli MCTC konsisten dalam mempromosikan kawalan tembakau untuk kesihatan dan keselamatan awam sejak beberapa dekad yang lalu.

"Pihak advokasi kesihatan sangat neutral dan menyokong agenda yang baik untuk rakyat.

“Setakat ini kita tidak mempunyai sebarang agenda politik dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak atau individu,” katanya.

Terdahulu, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi kesihatan dan kanak-kanak mengemukakan permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman, untuk mencabar keputusan Menteri Kesihatan mengeluarkan nikotin dari senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.

Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MTCT), Pertubuhan Green Lung Malaysia (GLMA) dan persatuan hak kanak-kanak, Voice Of The Children (VOC) memfailkan permohonan itu melalui firma guaman, Kanesalingam & Co pada Jumaat lalu, dengan menamakan Menteri Kesihatan dan kerajaan sebagai responden.

Ketiga-tiga pemohon menyatakan bahawa Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada 31 Mac lalu, membuat Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023 selepas berunding dengan Lembaga Racun.

Mereka berkata, perintah yang dipertikaikan itu mengecualikan klasifikasi nikotin sebagai racun, iaitu persediaan bahan yang digunakan untuk merokok melalui rokok elektronik dan alat pengewapan elektrik, dalam bentuk cecair atau gel.

Pengecualian itu membenarkan rokok elektronik dan produk vape dengan nikotin dijual secara terbuka dan sah di sisi undang-undang kepada sesiapa sahaja, termasuk kanak-kanak dan remaja yang berumur di bawah 18 tahun, tanpa peraturan atau kawalan.

Sebelum ini, dalam Dewan Khas Dewan Rakyat pada 12 Jun lalu, Dr Zaliha berkata, pengecualian cecair nikotin daripada senarai racun adalah 'proses wajar' kerajaan bagi membenarkan duti eksais dikenakan ke atas rokok elektronik dan cecair vape mengandungi nikotin.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib menerusi kenyataan berkata, permohonan semakan kehakiman itu satu gesaan kepada kerajaan untuk mengkaji semula keutamaan berhubung kawalan tembakau.

Katanya, keputusan plaintif memfailkan tuntutan itu bertujuan mencegah dan mengurangkan kemungkinan bahaya akibat keputusan awal mengeluarkan cecair nikotin dalam vape dan e-rokok daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.

"Tuntutan ini bukan lagi satu kejutan kerana sudah banyak rayuan, percubaan dan rundingan dilakukan membabitkan kebimbangan dalam menangani keadaan yang tidak terkawal untuk vape dan e-rokok yang mengandungi nikotin.

"Ini adalah tindakan terakhir untuk meminta kerajaan mengambil langkah segera mencegah kemudaratan, terutamanya dengan peningkatan laporan penggunaan vape bercampur nikotin dan ganja yang tinggi dalam kalangan golongan muda termasuk kanak-kanak," katanya.

Katanya, sekiranya kerajaan mengekalkan status semasa, ia seolah-olah memperlihatkan kerajaan mempertahankan vape nikotin dan e-rokok, sedangkan KKM sebelum ini memberi amaran bahawa produk terbabit mengancam kesihatan awam.

"Jika kerajaan tidak jelas atau tegas dalam tuntutan mahkamah berkenaan vape nikotin, Malaysia boleh berada di sisi yang salah," katanya. - Getaran, 4 Julai 2023

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Tidak Turun Bantu Kempen, Ke Mana June Leow Menghilang?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 21 jam yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Semasa 1 hari yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

oleh Rafisqi Radhi