web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhammad Fikri Kerja Keras Mahu Segera Nikahi Putri Balqis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 8:30PM

Jenazah mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih Kemaman siap dikafan dan disembahyangkan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum dibawa pulang ke Felda Lepar Hilir 3 Gambang di Kuantan Pahang untuk dikebumikan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih yang masih hilang, Muhammad Fikri Saliman, 24, pernah menyuarakan hasrat untuk mempercepatkan perkahwinannya walaupun tempoh bertunang yang ditetapkan adalah dua tahun.

Abang mangsa, Shahrizal, 40, berkata adiknya itu bukan sahaja bekerja keras, malah sanggup ikat perut untuk mengumpul wang bagi segera menikahi tunangnya, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, yang turut maut dalam tragedi itu dan mayatnya ditemui pagi tadi.

Shahrizal ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini hari ini berkata adiknya yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, dilihat begitu serius apabila menyuarakan hasrat untuk bernikah pada Disember tahun ini.

"Mereka sudah bertunang Februari lepas dan kalau ikutkan ikatan pertunangan itu selama dua tahun, tapi baru-baru ini dia bersungguh-sungguh beritahu ingin berkahwin secepat mungkin.

"Saya lihat sendiri dia ikat perut dan kerja siang malam untuk kumpul duit bagi melangsungkan perkahwinan, tapi dia belum beli apa-apa barang untuk majlis itu kerana masih dalam proses kumpul duit," katanya. 

Kali terakhir berjumpa Muhammad Fikri pada Hari Raya Aidiladha, Shahrizal berkata dia ada nasihatkan adiknya itu yang bekerja di kedai makan, agar tidak terburu-buru supaya tidak terlalu terbeban. 

"Bagaimanapun, saya cakap pada dia terpulanglah, kalau tak sempat boleh tunda ke tahun depan. Tapi dia balas, benda ini (perkahwinan) benda baik jadi tidak mahu bertunang lama-lama," katanya . 

Shahrizal berkata dia tahu adiknya itu menyambut Aidiladha dengan keluarga Putri Balqis Izzati di Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang, tetapi tidak dimaklumkan mengenai perkelahan di Jeram Air Putih tersebut.

Menurutnya dia hanya mengetahui tragedi kepala air yang membabitkan Muhammad Fikri dan keluarga tunangnya itu selepas diberitahu oleh sepupu mereka. 

“Walaupun belum dijumpai, saya masih positif adik saya akan berjaya ditemukan oleh pasukan pencari. Sama ada jumpa dalam keadaan masih hidup atau sudah meninggal dunia, itu semua ketentuan Allah,” katanya yang tiba di sini kira-kira 2 pagi tadi ditemani beberapa saudaranya.

Shahrizal menyifatkan insiden yang menimpa adiknya itu sebagai dugaan terbesar kedua buatnya selepas pemergian ibu mereka, Zaiton Rasib, 63, tahun lepas selain kematian bapa, Saliman Jonet pada 2005. 

Muhammad Fikri merupakan antara 10 mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, di sini termasuk Puteri Balqis Izzati dan ibunya, Azizah Eiyi, 40, serta tujuh lagi ahli keluarganya ketika mereka berkelah di jeram tersebut Sabtu lepas. 

Sementara itu, ibu kepada Allahyarham Azizah, Halimah Kasim, 63, berkata dia masih tidak terdengar-dengar kata-kata terakhirnya anaknya itu yang meminta dia menunggu kepulangannya sebelum bertolak ke Jeram Air Putih.

“Tunggu saya balik esok, itu kata Azizah ketika dia dan keluarganya singgah sebentar di rumah saya di Felda Lepar Hilir 3 sebelum bertolak ke kawasan perkelahan.

"Masa itu saya tak fikir apa-apa, tetapi bila ingat balik memang ada kelainan... seminggu sebelum kejadian dia dan anak-anaknya jarang datang ke rumah. Jika tidak memang setiap hari mereka datang kerana kami tinggal sekampung," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Halimah berkata dia tidak menyangka terpaksa menunggu kepulangan anak ketiga, menantu dan cucunya itu di bilik mayat dan dibawa pulang dengan menaiki van jenazah.

Dia berkata Azizah ada mengajaknya untuk turut serta ke kawasan perkelahan itu tetapi ditolak kerana mereka mahu bermalam di sana, selain keadaan kesihatannya juga tidak berapa baik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad