web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fenomena Kepala Air, Sudah Tiba Pelan Holistik Dilaksana 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 8:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelan Pengurusan dan Pemantauan secara bersepadu bagi menangani fenomena kepala air secara lebih efektif perlu diwujudkan oleh kerajaan Persekutuan, untuk memastikan ia tidak lagi mencetus sebarang tragedi.

Aktivis Alam Sekitar, Ahmad Fauzi Shaharin berpendapat, antara tindakan yang boleh dilakukan adalah memasang papan tanda amaran kejadian kepala air, sistem ramalan dan amaran secara 'real-time'.

Pelan sama katanya, perlu mencakupi pelaksanaan sistem pemantauan sensor pergerakan tanah dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi pengesanan awal di kawasan kritikal.

Menurut beliau, kaedah pelan pencarian, menyelamat serta pemindahan semasa kejadian kepala air perlu disediakan mengikut kepentingan, dalam usaha menjamin  keselamatan pelancong dan penduduk setempat.

Kenderaan milik mangsa dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Kemaman, Terengganu. - Gambar fail
Kenderaan milik mangsa dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Kemaman, Terengganu. - Gambar fail

"Selain daripada itu, kerajaan juga perlu membangunkan Debris Flow Forecasting and Warning System, serta mewujudkan kumpulan pasukan petugas untuk memantau kejadian kepala air. 

"Pada masa sama, laksanakan pembinaan lorong kecemasan untuk pengunjung melarikan diri dari kawasan sungai atau air terjun yang berlaku kejadian kepala air, serta wujudkan perkongsian data dengan kerjasama pelbagai agensi," katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini. 

Mengulas lanjut, Ahmad Fauzi berkata, kepala air berlaku apabila tanah yang lemah mendapat beban atau diganggu dan tepu dengan air, sebelum ia mengalir ke cerun sebagai tindak balas graviti apabila hujan lebat.

"Kebiasaannya, aliran puing ataupun debris flow ini bermula dari hulu di kawasan pergunungan, mempunyai hala laju yang tinggi iaitu 14 hingga 15 meter sesaat, terutamanya di kawasan ekopelancongan, dan menyebabkan perubahan morfologi signifikan di sepanjang dasar sungai dan lereng gunung.

"Apabila fenomena kepala air berlaku, ia akan membawa kepada kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa seperti mana yang berlaku di kawasan perkelahan di Jeram Mawar, Terengganu atau di Gunung Jerai, Kedah pada tahun lalu," katanya.

Lebih membimbangkan, Ahmad Fauzi menegaskan, kejadian kepala air akan menjadi lebih buruk sekiranya sungai dan kawasan ekopelancongan dipenuhi dengan sampah sarap.

Sehubungan itu, beliau menyarankan taman eko rimba, hutan simpan dan kawasan ekopelancongan memulangkan kembali bayaran tiket masuk kepada mana-mana pengunjung yang dapat membawa sampah-sarap pulang selepas aktiviti beriadah.

"Selain penguatkuasaan undang-undang dan menyediakan kemudahan tong sampah, cara ini juga boleh memupuk kesedaran masyarakat untuk membersihkan kawasan sungai selepas beriadah kerana jika ada kemudahan dan penguatkuasaan sekali pun, tabiat membuang sampah merata-rata masih lagi wujud.

"Sebagai contoh, kawasan eko pelancongan boleh mengenakan tiket masuk sebanyak RM10 kepada setiap pengunjung dan sekiranya mereka dapat membawa pulang sampah-sarap dan membersihkan kawasan sungai selepas beriadah, mereka boleh mendapat bayaran balik, mungkin RM8. Ini bermakna caj tiket masuk hanya RM2, " katanya.

Kelmarin, Getaran melaporkan 10 individu dengan sembilan daripadanya adalah sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang manakala seorang lelaki dari Batu Pahat, Johor dihanyutkan arus deras akibat fenomena kepala air di Jeram Air Putih.

Mazli Mazlan - Gambar Bernama
Mazli Mazlan - Gambar Bernama

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan mengesahkan bahawa tujuh mayat mangsa telah ditemui oleh pasukan penyelamat setakat ini.

Menurutnya setakat ini, kawasan pencarian telah meliputi sebanyak 25 km daripada keseluruhan jangkaan 32 km radius operasi SAR. 

Mazli berkata keadaan cuaca yang baik dengan arus sungai yang semakin perlahan membantu memudahkan operasi pencarian yang masih diteruskan.

Sementara itu, Pakar Ekologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Ahmad Ismail pula berpendapat, mesej amaran insiden kepala air yang tidak sampai kepada pengunjung dipercayai menjadi faktor peningkatan tragedi.

Menurut beliau, pemetaan kawasan 'hotspot' kepala air juga perlu di pergiat oleh pihak berwajib, memandangkan insiden seumpama itu kerap terjadi. 

"Pemetaan perlu dilakukan secara berkala dan bukannya bermusim, berdasarkan trend berlakunya banjir kilat serta banjir lumpur dan seterusnya maklumat ini perlu disalurkan kepada rakyat.

"Bagaimanapun, pengunjung dan orang ramai juga perlu peka dengan hebahan yang dibuat pihak berwajib bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya. 

Beliau mengakui kecewa dengan kealpaan dan masalah komunikasi yang sering terjadi, menyebabkan pengunjung tapak rekreasi air seperti sungai dan air terjun berisiko untuk menerima kepala air yang sememangnya mengancam nyawa. 

"Meskipun cuaca di Malaysia tidak menentu, agensi terbabit sudah pasti boleh meramalkan sama ada kawasan berkenaan selamat untuk dikunjungi ataupun tidak.

"Selain cuaca hujan lebat, keadaan geografi sekitar yang sedang membangun juga boleh menjadi faktor peningkatan risiko berlaku, dan maklumat ini perlu disalurkan dengan segera kepada rakyat," katanya. - Getaran, 4 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kemalangan Maut Simpang Renggam: Jenazah 4 Sekeluarga Selamat Dikebumikan

Semasa 10 jam yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Semasa 10 jam yang lalu

2 Beradik Maut Rumah Terbakar

oleh Wartawan Gaya Hidup

Semasa 10 jam yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

oleh Sophia Ahmad