web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Maut Mangsa Kepala Air Di Kemaman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 8:21PM

Sebuah kereta ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi penemuan mayat dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman hari ini. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dan wanita ditemukan lemas dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman hari ini. 

Menurut sumber, mayat kedua-dua mangsa ditemukan kira-kira 12.45 tengah hari tadi.

"Mayat pertama, seorang wanita dijumpai orang ramai di tebing sungai berhampiran Kubur Kampung Laut manakala mayat kedua, seorang lelaki ditemukan di atas kayu di tebing sungai menuju ke Tasik Hutan Sungai Air Putih.

"Pemantauan di lokasi kejadian menemukan sebuah kereta jenis Proton Gen2 bernombor pendaftaran JHY 5517 dan sebuah motosikal jenis SYM dengan nombor pendaftaran CER 5753 lebih kurang dua kilometer dari lokasi penemuan mayat kedua," katanya yang dihubungi. 

Menurut sumber, hasil siasatan awal pada kedua-dua mayat tidak menemukan sebarang kesan kecederaan atau peninggalan perlakuan jenayah.

"Mangsa dipercayai lemas kesan daripada kepala air yang berlaku di lokasi kejadian dan identiti mangsa belum dikenal pasti. Mayat dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut," katanya. 

Sementara itu, difahamkan kira-kira 10 orang dihanyutkan air dalam kejadian tersebut, namun Bernama masih berusaha menghubungi Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan untuk perkembangan lanjut. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar