web statsweb stats

Berita Terkini

10 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ada Pihak Tak Senang Hati PM Komited Perangi Rasuah - Shamsul Iskandar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 3:18PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjuangan memerangi rasuah pada skala besar yang digerakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata tidak disenangi pihak tertentu.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, agenda reformasi Anwar itu tidak disenangi kerana imbuhan yang dinikmati selama ini bakal terhenti.

Menurut beliau, tidak ada mana mana pentadbiran yang komited menghapuskan rasuah berbanding Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Shamsul Iskandar Md Akin
Shamsul Iskandar Md Akin

“Selama ini mereka bermanfaat dari kelemahan institusi dan budaya rasuah yang sudah menjadi kebiasaan.

“Mereka bimbang ‘gravy train’ yang dinikmati selama ini akan berhenti,” katanya kepada Getaran hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas ancaman diterima Perdana Menteri, gara-gara ketegasan beliau menghapuskan budaya rasuah yang sudah berakar umbi di Malaysia.

Anwar dalam ucapan pada majlis kenduri korban di luar pekarangan Masjid Jamek An Nur Kampung Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam memberitahu, beliau diugut ‘geng kaya’ yang sedang melakukan pakatan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Tidak memperincikan ugutan atau identiti geng kaya itu, Perdana Menteri menegaskan, ancaman diterimanya itu tidak akan berhasil menjejaskan perjuangan dibawa selama ini.

Tegasnya, perjuangan membanteras rasuah akan tetap diteruskan demi kepentingan rakyat.

Mengulas lanjut Shamsul Iskandar berkata, kebimbangan ‘geng kaya’ itu menyebabkan mereka melontar tohmahan bahawa Perdana Menteri menggunakan institusi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyerang musuh politik dan membalas dendam.

“Ini merupakan satu ironi kerana kebebasan institusi seperti SPRM merupakan antara tunjang agenda reformasi yang diperjuangkan selama lebih dua dekad.

“Kehidupan Perdana Menteri dan keluarga secara sederhana juga secara tidak langsung mengeluhkan pengkritik beliau,” katanya.

Tegas Shamsul Iskandar, gejala rasuah yang berleluasa adalah antara penyebab kepada kegawatan ekonomi, seperti berlaku ketika ini.

“Agenda anti rasuah yg berkomited adalah perlu untuk menyelamatkan negara dan generasi akan datang dari kecelakaan.

“Kita perlu memastikan pihak yang telah membenarkan rasuah berleluasa atau terbabit dalam rasuah tidak diberi peluang untuk kembali mentadbir, demi masa depan negara dan anak-anak kita,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2023










 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad