web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Orang Asli Harap iDAMAK Bantu Kerajaan Kenal Pasti Keperluan Mereka

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 3:07PM

Masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar telah mendaftar maklumat ahli isi rumah mereka di dalam sistem iDamak yang diperkenalkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Pos Simpor. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Masyarakat Orang Asli di daerah ini berharap sistem bancian iDamak yang dibangunkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dapat membantu kerajaan dalam mengenal pasti pembangunan dan kemajuan infrastruktur serta prasarana yang diperlukan mereka.

Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan Bidi Ronggeng berkata data yang terkumpul dalam iDamak dapat berfungsi sebagai penunjuk arah kepada kerajaan untuk menentukan hala tuju generasi masyarakat Orang Asli dan masa depan mereka. 

“Dengan adanya sistem ini saya berpendapat kerajaan akan dapat melihat kepada penduduk yang amat memerlukan bantuan dan keperluan di negeri Kelantan. 

“Besar harapan saya supaya maklumat yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam bentuk pembangunan dan kemajuan untuk kami, contohnya keperluan asas seperti jalan perhubungan untuk keselesaan penduduk di kawasan pedalaman dapat disegerakan.

"Saya amat berharap kerajaan dapat merealisasikan keperluan dan kehendak rakyat khususnya penduduk di negeri ini,” katanya kepada Bernama.

Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar dari Kampung Bihai Lama, Nari Abus, 47, berkata setiap tahun mereka melakukan pendaftaran dan mengemas kini data dalam sistem iDamak yang sedia ada dengan pihak JAKOA. 

Beliau berkata kebiasaannya mereka akan menyalurkan maklumat yang diperlukan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) sebagai pemudah cara antara mereka dan pihak jabatan disebabkan faktor tidak celik teknologi.

“Perkongsian maklumat biasanya dibuat melalui banci penduduk yang didaftarkan setiap tahun.

“Pendaftaran pula melalui JPKKOA selaku wakil bagi setiap penempatan Orang Asli di Gua Musang,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Unit Data JAKOA Kelantan berkata sehingga Jun lepas, sejumlah 4,942 data Ketua Isi Rumah (KIR) bersamaan 13,964 Ahli Isi Rumah meliputi 119 perkampungan Orang Asli didaftarkan dalam iDamak menjadikan jumlah pendaftaran sebanyak 18,906.

Beliau berkata iDamak merupakan sistem pengurusan maklumat berkomputer yang berperanan mengurus maklumat Orang Asli secara bersepadu oleh JAKOA. 

Menurutnya melalui sistem itu jabatan berkenaan dapat menguruskan maklumat bancian, melaksanakan perkhidmatan dalam talian termasuk pemprosesan permohonan dan pelaksanaan pelbagai sektor keperluan, serta menjalankan analisis ke atas data yang terkumpul bagi mengkaji pembangunan dan kemajuan sewajarnya untuk masyarakat Orang Asli. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad