web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Hilang Di Sungai Kelantan Ditemukan Lemas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 3:00PM

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan susulan penemuan itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Seorang kanak-kanak lelaki dan bapa saudaranya yang jatuh daripada bot dinaiki mereka di Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini, Jumaat lepas ditemukan lemas, pagi ini.

Ketua Polis Tumpat ACP Amran Dolah berkata kedua-dua mangsa ditemukan terapung oleh pasukan penyelamat.

"Mangsa pertama iaitu Amrullah Fitri Afendi, 10, ditemukan sekitar 8.15 pagi tadi di tebing sungai dalam jarak 900 meter dari pusat kawalan tempat kejadian (PKTK), manakala, bapa saudaranya Wan Muhamad Najmi Wan Taib, 30, pula ditemukan bawah jambatan Sultan Yahya Petra iaitu tengah-tengah kawasan sungai dan tidak jauh dari mangsa pertama dijumpai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan susulan penemuan itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan.

Pada Jumaat, Wan Muhamad Najmi, isterinya Nor Awadah Sulong, 30, dan anak perempuan mereka, Wan Nur Ameena, 14 bulan serta Amrullah Fitri terpelanting dan terjatuh ke dalam sungai selepas enjin bot dinaiki mereka tiba-tiba mati.

Nor Awadah meninggal dunia akibat kejadian itu manakala anak perempuannya selamat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek