web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Murid Tahun Satu Dikurung Diselesai Dengan Baik - Fadhlina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 3:21PM

Fadhlina Sidek - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Isu murid Tahun Satu di sebuah sekolah di Rembau, Negeri Sembilan dikatakan dikurung dalam sebuah ruangan berpagar besi yang menjadi tular di laman sosial, telah berjaya diselesaikan dengan baik.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kes berkenaan telah diselesaikan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri dengan baik, dengan persefahaman antara pihak sekolah dan juga ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu.

"Alhamdullilah ada penyelesaian secara baik antara pihak sekolah dan ibu bapa berhubung perkara itu, penyelesaiannya diuruskan dengan baik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, jadi kita anggap isu itu sudah selesai.

"Keluarga murid itu juga menerima baik penjelasan yang diberikan dan pada saya penyelesaian dijalankan dengan sangat baik,” kata Ahli Parlimen Nibong Tebal itu kepada pemberita selepas program Korban Perdana Nibong Tebal di Masjid Jamek Al Huda Sungai Bakau, di sini hari ini.

Sejak beberapa hari lepas tular di laman Twitter ciapan seorang lelaki mendedahkan perkara itu, di samping memaparkan tangkap layar perbualan kumpulan WhatsApp dipercayai antara guru dan ibu bapa murid berkenaan.

Sementara itu Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata KPM telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang kini memasuki gelombang ketiga berjalan lancar.

“Gelombang ketiga ini maksudnya ia (PPPM) sudah hampir ke sampai ke penghujungnya, maka kini adalah tempoh kritikal untuk kita melihat keberkesanan inisiatif yang dilaksanakan dan ia akan dibawa ke pelan polisi kerangka pendidikan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mencadangkan sistem pendidikan negara perlu dirombak selepas terkesan akibat pandemik COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad