web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Korea Selatan Eksport Daging Hanwoo Ke Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2023 12:44PM

Daging Hanwoo - Gambar dari kimcmarket.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Korea Selatan sudah mula mengeksport kumpulan pertama  “Hanwoo”, daging lembu premium Korea yang disahkan halal ke Malaysia sejak semalam (29 Jun).

Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar  (MAFRA) republik itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kumpulan pertama daging daripada 10 ekor lembu itu yang dieksport akan digunakan untuk menghasilkan menu mengetengahkan Hanwoo di restoran dan hotel tempatan.  

“Satu program merasa dan menilai Hanwoo akan diadakan untuk memperkenalkan daging ini kepada pengguna Malaysia yang mungkin tidak mengetahuinya. Cef tempatan yang telah merasai Hanwoo memuji rasanya yang unik, teksturnya yang lembut, dan dijangka akan dapat menarik minat yang tinggi dalam pasaran Malaysia,” katanya.   

Ia menambah dengan pembukaan laluan untuk eksport Hanwoo yang disahkan halal buat julung kalinya, bilangan negara Hanwoo dieksport meningkat kepada empat, katanya. 

“MAFRA merancang mempromosikan Hanwoo secara meluas, termasuk menjualnya di pasar raya utama serentak dengan waktu pameran makanan tempatan di Malaysia, membolehkan lebih pelanggan merasai Hanwoo,” katanya lagi.   

Menteri Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan Chung Hwang-keun sendiri menemui pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia bagi meyakinkan bahawa kesemua daging Hanwoo mempunyai pengurusan kebolehkesanan. 

Timbalan Menteri MAFRA untuk Pejabat Dasar Makanan dan Koordinasi Kim Jung-hee dipetik dalam kenyataan itu berkata kejayaan mengeksport Hanwoo ke Malaysia selepas tujuh tahun rundingan mengenai kuarantin daging lembu akan menjadi satu batu loncatan ke pasaran halal mengandungi 1.9 bilion pengguna.    

Beliau berharap ia akan membantu ladang ternakan Hanwoo yang menghadapi kesukaran ekoran  masalah bekalan yang tidak menentu.

Memandangkan ini merupakan kemasukan pertama daging itu ke pasaran halal di Asia Tenggara, Kim berkata usaha akan dilaksanakan bagi meningkatkan pengurusan kualiti dan keselamatan produk Hanwoo untuk meluaskan lagi pasarannya ke luar negara. 

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap yang memetik MAFRA melaporkan semalam bahawa pada bulan lepas kedua-dua negara menandatangani kontrak pertama untuk memudah cara pengeksportan daging lembu Korea Selatan ke Malaysia yang memenuhi standard halal selepas mencapai satu persetujuan dalam rundingan kuarantin pada Mac lepas selepas tujuh tahun berunding. 

Kementerian itu dilaporkan berkata mulai dengan kontrak pertama itu, Korea Selatan dijangka mengeksport sejumlah 1,875 tan daging lembu Korea untuk tiga tahun akan datang atau kira-kira 2,500 ekor lembu setahun yang melebihi 13 kali ganda daripada 44 tan daging yang dihantar ke luar negara tahun lepas. - Bernama

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad