web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jalankan Siasatan, Tidak Wajar Menteri Bikin Kecoh, Ceroboh Dewan Ketibaan Di KLIA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2023 4:10PM

CUEPACS meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden seorang menteri didakwa menceroboh dan membuat kecoh di dewan ketibaan KLIA, semalam. - Tangkap layar dari video di TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan termasuk pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci atas tindakan seorang menteri yang didakwa menceroboh dan membuat kecoh di dewan ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya kesal sekiranya insiden itu benar-benar berlaku kerana ia membabitkan pelanggaran protokol keselamatan negara serta mengganggu tugas penjawat awam.

Tegas beliau, adalah tidak wajar untuk seorang individu berbuat demikian.

“Semua pihak termasuk pemimpin negara sewajarnya memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa yang melaksanakan tugas.

“Tidak wajar kelakuan menceroboh itu dilakukan kerana ia jelas melanggar prosedur keselamatan atau prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 Adnan Mat
Adnan Mat

Menurutnya, jika berlaku salah faham dalam proses penahanan pelancong terbabit, menteri berkenaan boleh memberikan bantuan mengikut prosedur atau terlebih dahulu mendapatkan maklumat yang lebih jelas daripada pihak berkuasa.

Justeru, Adnan berkata, CUEPACS berharap satu siasatan penuh dijalankan bagi memastikan tindakan sama tidak berulang pada masa akan datang.

“Tiada individu yang lebih besar daripada undang-undang negara dan jika berlakunya perlanggaran dalam hal ini, tindakan tegas wajar diambil oleh kerajaan bagi menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang.

“CUEPACS tidak mahu tugas yang dilaksanakan oleh penjawat awam bagi menjaga kedaulatan negara diganggu hanya kerana kepentingan peribadi pihak tertentu,” katanya.

Ujarnya lagi, setiap tindakan yang dilakukan oleh penjawat awam sudah pasti berlandaskan undang-undang sedia ada.

Terdahulu, seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan pelawat dari China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila menteri terbabit dikatakan masuk ke dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.

Perbuatannya dipercayai bagi 'menyelamatkan' seorang wanita warga China yang tidak dibenarkan masuk ke negara ini sebaik tiba di KLIA, semalam. – Getaran, 30 Jun 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad