web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MAQIS Rampas 10 Tan Beras Import Diikrar Makanan Haiwan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 8:58PM

MAQIS telah merampas 10 tan beras import yang diikrar sebagai makanan haiwan di laluan lori import, Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas kira-kira 10 tan beras import yang diikrarkan sebagai makanan haiwan di laluan lori import, Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini, semalam.

MAQIS memaklumkan taktik cubaan mengelirukan pegawai bertugas dengan membawa 10 guni besar berisi produk yang dianggarkan bernilai RM50,000 tanpa sebarang dokumen sah itu, berjaya digagalkan pada 12.30 tengah hari.

"Setelah menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah lori yang diikrarkan oleh ejen penghantaran membawa masuk makanan haiwan, pegawai menemui guni-guni besar berisi beras dibawa tanpa diikrarkan.

"Pemandu lori berusia 32 tahun telah dilepaskan setelah memberi kerjasama dan diambil rakaman percakapan, manakala kesemua beras itu akan diserahkan kepada Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Johor untuk tindakan lanjut," menurut MAQIS dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MAQIS kemasukan beras import ke negara ini adalah dikawal melalui Permit Kelulusan (AP) mengimport oleh Ketua Pengarah KPB, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Pihak MAQIS sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian ke negara ini selain memastikan syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan terus dipatuhi. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad