web statsweb stats

Berita Terkini

10 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bergelar Pelarian Syria, Tidak Halang 3 Beradik Hafaz Al-Quran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 3:31PM

Oussama, Becher dan Maryam berjaya khatam al-Quran di Dar al-Fatwa, iaitu sebuah institusi pendidikan agama terulung di Lubnan yang berasaskan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEQAA (Lubnan) - Meskipun tinggal bertahun-tahun di dalam khemah dengan kemudahan serba daif, ia tidak mematahkan semangat tiga beradik daripada keluarga pelarian Syria untuk menghafaz 30 juz al-Quran.

Demikian semangat dibuktikan oleh Oussama Yahya, 22, Becher Yahya, 20, dan Maryam Yahya,18, yang masing-masing berjaya khatam al-Quran di Dar al-Fatwa, iaitu sebuah institusi pendidikan agama terulung di Lubnan yang berasaskan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Tiga beradik itu bersama ibu bapa mereka, terpaksa lari meninggalkan kampung halamannya di Al-Qusayr, Syria kira-kira 120 kilometer dari penempatan terkini sejak lapan tahun lepas kerana ingin menyelamatkan nyawa selepas berlakunya peperangan antara tentera kerajaan dan tentera pembebasan.  

Berkongsi kisahnya itu kepada Bernama, Becher yang kini seorang imam masjid di kem al-Yasmine berkata selain berminat untuk mendalami ilmu al-Quran, faktor kehidupan remaja yang mempunyai masa terluang membolehkannya memberi tumpuan kepada hafazan.

“Bergelar pelarian, untuk saya bergerak bebas seperti remaja lain tidak boleh, banyak masa saya di kem dan juga di Dar al-Fatwa. Jadi, apa lagi cara terbaik untuk saya menunjukkan rasa syukur kepada Allah ialah menghafaz al-Quran,” katanya yang berjaya menghafaz dalam tempoh tiga tahun.

Becher berkata walaupun ketiga-tiga mereka bergelar hafiz dah hafizah, namun hasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti universiti masih terbantut walaupun mengikuti pembelajaran di sekolah menengah.

“Kami hanya boleh belajar di sekolah menengah di Lubnan, tapi tidak layak untuk menduduki peperiksaan akhir tahun kerana tidak mempunyai permit visa selain memerlukan duit yang banyak untuk menanggung jumlah bayaran dikenakan,” katanya yang bercita-cita sebagai ahli farmasi.   

Bagi adiknya pula, Maryam berkata setiap hari dia mengajar al-Quran secara percuma kepada kanak-kanak pelarian Syria yang lain dan usaha itu membuahkan hasil apabila ada dalam kalangan mereka berjaya menghafaz beberapa juz al-Quran.

“Saya melihat jika ada ramai guru dan mempunyai persekitaran pembelajaran yang selesa, lebih ramai anak-anak Syria berminat untuk belajar, mereka semakin dahagakan ilmu,” katanya.

Pengurus Union of Relief and Development Associations (URDA) iaitu agensi penyelaras bantuan bagi pelarian Syria, Omar Janoun berkata sebanyak 70 peratus daripada 400,000 kanak-kanak pelarian Syria di Lubnan masih tercicir daripada mendapatkan pendidikan sempurna dan hanya tiga peratus berjaya ke universiti.

“Jurang ketinggalan agak besar, kami masih memerlukan sumbangan untuk melaksanakan lebih banyak program pendidikan seperti sekolah di dalam bas, pembelajaran literasi dan numerasi serta tajaan bagi kanak-kanak cemerlang,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad