web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Op Samseng Jalanan: Pempengaruh Media Sosial Antara 284 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2023 1:07PM

Pempengaruh berusia 23 tahun itu bersama individu lain ditahan dalam operasi yang bermula 11 malam hingga 3 pagi tadi - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang juga pempengaruh media sosial dan dipromosikan sebagai 'Ikon Permotoran' antara 284 individu ditahan dalam Op Samseng Jalanan pada malam Aidiladha di Jalan Pegawai, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata pempengaruh berusia 23 tahun itu bersama individu lain ditahan dalam operasi yang bermula 11 malam hingga 3 pagi tadi.

“Pempengaruh yang menjadi idola dalam kalangan geng permotoran itu antara penonton yang ditahan. Kesemua 284 individu itu terdiri daripada 281 lelaki dan tiga wanita berusia antara 15 hingga 20-an dengan 10 daripadanya merupakan remaja bawah umur.

“Sebanyak 50 motosikal turut disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat,” katanya pada sidang media di Balai Polis Trafik Kota Setar hari ini.

Ahmad Shukri berkata sebanyak 194 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan antaranya tiada lesen memandu, mengubah suai motosikal, tiada cermin sisi, tiada insurans serta cukai jalan dan lesen tamat tempoh.

“Mereka akan dilepaskan selepas proses dokumentasi selesai dan bagi remaja bawah umur yang tidak mempunyai lesen, waris akan dipanggil dan saman akan dikeluarkan kepada pemilik motosikal.

“Pada pagi raya korban ini, mereka telah ‘mengorbankan’ diri sendiri… sayang kerana golongan muda inilah yang bakal menjadi aset negara pada masa hadapan, jadi saya harap mereka tidak akan mengulangi kesalahan yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh turut hadir ke balai berkenaan dan memberikan nasihat kepada semua yang ditahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pempengaruh Dilapor Hilang, Panggilan Ke Telefon Dijawab Lelaki Indonesia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Dana Awam Libatkan Pempengaruh: SPRM Beku 20 Akaun Bernilai RM740,000

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tipu Duit Derma: SPRM Akan Mohon Perintah Reman Pasangan Pempengaruh

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad