web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aidiladha: Polis Jangka Sejuta Kenderaan Masuk Johor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 10:02PM

Kira-kira sejuta kenderaan dijangka memasuki Johor termasuk menerusi laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) sempena Aidiladha ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kira-kira sejuta kenderaan dijangka memasuki Johor termasuk menerusi laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) sempena Aidiladha ini.

Timbalan Ketua Polis Johor DCP M Kumar berkata langkah proaktif telah diambil bagi memastikan kelancaran lalu lintas menerusi Op Lancar, khususnya di 47 lokasi panas dan 27 lokasi hitam yang dijangka berpotensi berlaku kesesakan.

Beliau berkata penugasan Op Lancar turut memfokuskan kepada kelancaran lalu lintas di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.

"Tumpuan penugasan Op Lancar juga melibatkan bantuan penugasan di persimpangan dan lampu isyarat, rondaan dan statik, masa respons kepada kemalangan serta halangan yang mungkin boleh menjejaskan aliran trafik.

"Selain itu, penguatkuasaan sepenuhnya akan dilakukan bagi enam kesalahan utama jalan raya,  terutamanya memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumar berkata seramai 261 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor terlibat dalam penugasan Op Lancar.

Beliau turut memberi peringatan tegas kepada pengguna jalan raya khususnya mereka yang pulang bercuti sempena Aidiladha, agar mematuhi peraturan lalu lintas dan undang-undang yang ditetapkan.

"Sila memandu dengan berhemah, jangan pentingkan diri sendiri, kawal emosi dan sentiasa sabar dengan situasi semasa serta jangan membuat sebarang provokasi yang boleh membahayakan diri dan orang lain," katanya.

Tinjauan Bernama di sekitar bandar raya ini setakat pukul 2 petang tadi mendapati keadaan lalu lintas lancar, namun trafik sedikit perlahan dari pertengahan Tambak Johor menuju laluan masuk ke Singapura. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad