web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MAQIS Rampas 18 Tan Beras Tanpa Dokumen Import Dari Singapura

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 8:56PM

MAQIS Johor merampas kira-kira 18 tan beras dari Singapura kerana tidak mempunyai sebarang dokumen untuk mengimport dagangan tersebut. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas kira-kira 18 tan beras dari Singapura kerana tidak mempunyai sebarang dokumen untuk mengimport dagangan tersebut.

MAQIS memaklumkan produk yang dianggarkan bernilai RM100,000 itu ditemukan di dalam sebuah lori yang membawa 20 bag jumbo mengandungi beras di laluan import kargo, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, 3 petang, Khamis lepas.

"Hasil pemeriksaan lanjut oleh Pegawai Penguasa MAQIS mendapati barangan ini cuba dibawa masuk dengan pengikraran menggunakan maklumat item lain bagi cubaan mengelirukan pegawai penguat kuasa di pintu masuk.

"Pemandu lori yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 30-an telah diambil keterangan bagi membantu siasatan dan kes ini diserahkan kepada Bahagian Kawalselia Padi dan Beras Negeri Johor bagi siasatan lanjut," menurut MAQIS dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MAQIS pemeriksaan yang dilakukan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Bahagian Kawalselia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu susulan mendapat makluman daripada orang awam.

Pihak MAQIS sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian ke negara ini dan sentiasa mempertingkatkan kerjasama dengan agensi-agensi penguat kuasa kerajaan bagi memperkukuhkan kawalan biosekuriti negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad