web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelajar Tingkatan 5 Ditahan Bersama Heroin Bernilai RM40,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 4:41PM

Remaja yang juga pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di sini, ditahan ketika serbuan dilakukan di tepi jalan di Kampung Lembah Semerak pada 5 petang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Polis menahan seorang remaja berusia 17 tahun serta merampas sejumlah dadah disyaki heroin seberat 74.80 gram bernilai RM40,000, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata remaja yang juga pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di sini, ditahan ketika serbuan dilakukan di tepi jalan di Kampung Lembah Semerak pada 5 petang.

Beliau berkata ketika intipan dilakukan suspek dilihat sedang duduk di atas sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR warna kuning/hitam tanpa nombor pendaftaran di tepi jalan.

“Suspek bertindak untuk cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah yang membuat serbuan.

“Hasil pemeriksaan ke atas motosikal suspek telah ditemukan sebanyak 20 botol plastik cerah bertudung kuning yang setiap satu botol berisi serbuk keputihan disyaki dadah jenis heroin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaizul Rizal berkata hasil ujian saringan awal polis mendapati suspek juga positif dadah jenis methamphetamine. 

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 4 Julai depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan