Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kompaun Wanita Bukan Islam Tanpa Nasihat Tidak Adil, MPKB Perlu Pinda Peraturan

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 7:09AM

Seorang wanita bukan Islam yang juga pemilik kedai pakaian berusia 35 tahun, dikenakan kompaun ketika pemeriksaan mengejut dijalankan pegawai MPKB kerana didapati berseluar pendek ‘di tempat awam’ - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) seharusnya membuat teguran secara berhemah terlebih dahulu, bukan bertindak secara melulu dengan terus mengeluarkan kompaun ke atas wanita bukan Islam kerana didakwa berseluar pendek di premis perniagaannya.

Penceramah bebas, Muhammad Fakaruddin Abdul Rahman berkata, Islam menganjurkan agar individu saling memberi teguran dan menasihati dalam kehidupan bermasyarakat, dengan tujuan individu yang melakukan kesilapan menyedari kelemahan, kealpaan serta kesalahan dilakukan.

Menurutnya, jika budaya kompaun lebih penting daripada memberi teguran, ia membuktikan tiada agenda pembaharuan, sekali gus mampu menyebabkan kejahilan serta kezaliman berterusan.

“Islam menjamin pelunasan hak terhadap golongan bukan Muslim dalam aspek pengadilan dan perundangan menerusi peruntukan undang-undang jenayah atau peribadi. Memang benar orang bukan Islam terikat dengan keperluan untuk memakai pakaian sopan, tetapi wujud kekeliruan di situ sehingga ada antara mereka tidak tahu untuk memakai pakaian betul.

“Seharusnya, penguatkuasa yang mengamalkan undang-undang Islam memberi teguran terlebih dahulu dengan menyampaikan maklumat secara terperinci macam mana pakaian sopan yang perlu dipakai orang bukan Islam.

“Kalau terus dikompaun, pelbagai persepsi negatif boleh wujud sehingga nama Islam juga boleh tercemar hanya kerana tidak mengamalkan budaya memberi nasihat,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Muhammad Fakaruddin berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) harus berfikiran lebih terbuka dalam mendidik wanita bukan Islam untuk berpakaian sopan, bagi mengelakkan sebarang bentuk provokasi demi menjamin keharmonian kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

Jika budaya kompaun lebih penting daripada memberi teguran, ia membuktikan tiada agenda pembaharuan, sekali gus mampu menyebabkan kejahilan serta kezaliman berterusan.

Jelasnya, pendekatan itu juga dilihat mampu memberikan kestabilan dalam urusan pentadbiran dan pengurusan dasar kerajaan, di samping sebarang unsur buruk serta negatif yang mampu mengancam keharmonian masyarakat dan negara, mampu dikawal secara menyeluruh.

Beliau berkata, kebijaksanaan setiap pihak dalam mendepani dan menangani wanita bukan Islam yang tidak memakai pakaian sopan perlu, agar ia tidak menjadi pertikaian pelbagai pihak, sehingga boleh dipolitikkan serta mampu memastikan keamanan serta kesejahteraan yang terbina sejak sekian lama di negara ini, dikekalkan.

“Perkara utama yang perlu difahami setiap pihak ketika ini, adalah bagaimana merealisasikan tanggungjawab sebagai warganegara dengan mengaplikasikan konsep kesopanan dan kesusilaan yang dilihat semakin luntur dalam diri setiap penganut agama di Malaysia,” katanya.

Justeru, Muhammad Fakaruddin memaklumkan, dalam kes membabitkan wanita berseluar pendek itu, terdapat keperluan untuk MPKB menerusi kerajaan Kelantan, meminda semula Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2019, khususnya berkaitan pemakaian sopan yang sudah lama diguna pakai terhadap penduduk Kelantan, termasuk bukan Islam.

“Ia perlu diteliti secara terperinci susulan keperluan ia dipinda semula kerana ketika ini, masih lagi ramai yang keliru dengan pakaian sopan yang perlu dipakai wanita bukan Islam, ubah peraturan itu seperti contoh memberitahu individu bukan Islam untuk memakai seluar melebihi paras peha.

“Undang-undang itu ada kelemahan dan perlu diperhalusi dengan memikirkan latar belakang serta kesan yang timbul sebelum sesuatu keputusan mahupun tindakan dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita bukan Islam yang juga pemilik kedai pakaian berusia 35 tahun, dikenakan kompaun ketika pemeriksaan mengejut dijalankan pegawai MPKB kerana didapati berseluar pendek ‘di tempat awam’.

Perkara itu disahkan akhbar New Straits Times (NST) dengan pihak MPKB, selepas gambar kompaun terbabit dikongsi secara meluas di media sosial, menunjukkan bahawa individu berkenaan adalah bukan Islam.

Tindakan dikenakan MPKB itu, mencetuskan perdebatan dalam kalangan segelintir pengguna media sosial, memandangkan Kelantan yang ditadbir PAS, sentiasa mengatakan bahawa undang-undang kecil di bawah syariah tidak akan menjejaskan orang bukan Islam.

Perkataan ‘sopan’ dalam Seksyen 34 (2)(b) adalah samar dan terbuka kepada pelbagai tafsiran dan menjadi perkara subjektif yang sukar dihadam pelbagai pihak, khususnya masyarakat bukan Islam

Menerusi laporannya, NST memetik kenyataan Presiden MPKB, Rosnazli Amin sebagai berkata, pegawai majlis itu mengeluarkan kompaun kepada wanita terbabit apabila mereka memeriksa kedainya di Jalan Merbau, Kota Bharu.

Tambahnya, kompaun itu dikeluarkan atas kesalahan di bawah Undang-undang Kecil 34(2)(b) Undang-undang Kecil Perniagaan dan Perindustrian Majlis 2019.

Sementara itu, pengamal undang-undang, Sasha Lyna Abdul Latiff berpandangan, tindakan mengeluarkan kompaun ke atas wanita bukan Islam, bercanggah dengan kuasa diberikan di bawah Seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk membuat undang-undang kecil.

Tegasnya, Seksyen 102 hanya membenarkan PBT melaksanakan undang-undang kecil berkaitan kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan dan tiada kuasa diberikan untuk mengawal pakaian atau moral.

“Walaupun enakmen syariah boleh mengawal pakaian orang Islam katanya, PBT tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian dan kompaun yang dikenakan kepada pemilik kedai wanita bukan Islam itu, terbatal serta menyalahi undang-undang,” katanya.

Sasha Lyna berkata, kompaun dikeluarkan kepada pemilik perniagaan wanita bukan Islam itu sememangnya terbatal kerana menyalahi peraturan ditetapkan kerajaan Kelantan.

Ujarnya, perkataan ‘sopan’ dalam Seksyen 34 (2)(b) adalah samar dan terbuka kepada pelbagai tafsiran dan menjadi perkara subjektif yang sukar dihadam pelbagai pihak, khususnya masyarakat bukan Islam.

“Langkah terbaik untuk PBT ialah membatalkan kompaun dan menggantung penguatkuasaan Seksyen 34(2)(b) sementara menunggu semakan oleh pihak berkuasa negeri atau EXCO.

“Standard dikenakan ke atas wanita Islam untuk menutup ‘aurat’ atau bahagian badan yang tidak boleh didedahkan mengikut tatacara berpakaian Islam, tidak boleh dikenakan ke atas orang bukan Islam. Adalah tidak adil untuk mengenakan kompaun kepada wanita itu apabila takrifan kesalahan terbabit tidak jelas,” katanya.

Malah, katanya, bagi mengatakan bahawa pakaian itu ‘tidak senonoh’, ia memerlukan beberapa tahap kelucahan yang lebih daripada sekadar berpakaian kemeja-T dan seluar pendek.

“Contohnya, separa bogel. Ini jelas tidak berlaku. Ia juga boleh dianggap sebagai tidak adil kerana ia nampaknya menyasarkan wanita secara eksklusif,” katanya. - Getaran, 27 Jun 2023

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pamer Gambar Agong Ketika Kempen PRK, Warga Emas Dipenjara Sebulan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pusat Mempelam Kedah Antara Keutamaan Dalam Peta Tahun Melawat Kedah 2025

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Bintang Selangor FC, Faisal Halim Disimbah Asid

oleh Wartawan Getaran