web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DUN 3 Negeri Bubar Esok, Negeri Sembilan Negeri Tunggal Masih Belum Umum

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 7:59PM

Tiga DUN akan dibubarkan esok iaitu Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah manakala Kelantan serta Selangor telah pun berbuat demikian bagi memberi laluan kepada PRN. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hangat selepas Pulau Pinang dan Terengganu, hari ini masing-masing mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan esok.

Kelantan menjadi negeri pertama dibubarkan pada 22 Jun, diikuti Selangor sehari selepas itu, tiga DUN akan dibubarkan esok iaitu Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah, manakala Negeri Sembilan negeri tunggal yang masih belum mengumumkan pembubaran secara rasmi.

Pembubaran 40 kerusi DUN Pulau Pinang seperti diumumkan Ketua Menteri Chow Kon Yeow pagi ini, dibuat 35 hari lebih awal berbanding mandat lima tahun yang sepatutnya berakhir 2 Ogos ini.

Kedudukan terkini kerusi DUN Pulau Pinang sehingga pengumuman pembubaran ialah Pakatan Harapan (PH) memiliki 33 kerusi, Barisan Nasional (BN) (dua), Bersatu (empat) dan PAS satu kerusi.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mengumumkan pembubaran 32 kerusi DUN berkuat kuasa esok, dua hari lebih awal daripada tempoh mandat 30 Jun (Jumaat) ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PAS kembali merampas pemerintahan negeri daripada BN, selepas berjaya memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN, manakala BN hanya memperoleh 10 kerusi.

Dalam pada itu, pembubaran DUN Kedah esok dengan 36 kerusi dibuat lebih awal daripada mandat lima tahun yang sepatutnya berakhir pada 4 Julai ini.

Komposisi DUN Kedah diterajui Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sehingga pembubaran DUN menyaksikan Perikatan Nasional (PN) menguasai 20 kerusi terdiri daripada PAS (14) dan Bersatu (enam), manakala PH (10) manakala BN dan Pejuang masing-masing dua kerusi.

Dua lagi kerusi kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun dari PKR Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Dis tahun lepas, selepas dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, sementara ADUN Belantek dari PAS Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia, pada 14 Jun lepas.

Kelantan menjadi negeri terawal membubarkan DUN iaitu pada 22 Jun lalu, yang menyaksikan ia dilakukan enam hari lebih awal, berbanding tempoh mandat yang akan berakhir esok.

Pada PRU14, PAS yang memerintah Kelantan sejak 1990, mengekalkan pentadbiran setelah memenangi 37 daripada 45 kerusi DUN, sementara BN memperoleh lapan.

Bagaimanapun, ADUN Ayer Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar daripada UMNO pada 18 Sept 2018, sebelum menyertai Bersatu pada 26 Okt tahun yang sama.

Sehari selepas Kelantan, DUN Selangor dibubarkan secara rasmi pada 23 Jun iaitu dua hari lebih awal daripada tempoh mandat, selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 19 Jun lalu.

Komposisi DUN Selangor sehingga pembubaran terdiri PH (51), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, Pejuang, Warisan dan Bebas masing-masing satu kerusi, sementara satu kerusi iaitu DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.

Kini, hanya Negeri Sembilan yang belum mengumumkan secara rasmi tarikh pembubaran DUN, namun Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada 7 Jun lalu berkata pembubaran akan dibuat pada 30 Jun, iaitu hari terakhir tempoh mandat lima tahun.

Beliau dijadual menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir esok, bagi mendapat perkenan pembubaran 36 kerusi DUN terdiri daripada PH (20) manakala BN (16). 

Tumpuan kini pastinya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan