web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Amuk Tadika ‘Amaran’ Betapa Serius Kes Dadah Di Sarawak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 4:58PM

Pada 14 Jun, polis di Sarikei menahan seorang budak lelaki berusia 17 tahun kerana mengamuk dan merosakkan harta benda di sebuah tadika pada waktu sekolah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI – Remaja mengamuk di sebuah tadika ketika di bawah pengaruh dadah, menunjukkan betapa seriusnya masalah ketagihan bahan larangan itu di Sarawak ketika ini.

Perkara itu ditegaskan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah bagi mengulas insiden di sebuah tadika di Sarikei dua minggu lalu.

“Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat serius. Ia menunjukkan masalah dadah di Sarawak, khususnya dalam kalangan golongan muda.

“Saya menyeru semua pemimpin masyarakat memandang serius masalah ini dan mengambil langkah pemulihan di kawasan masing-masing,” katanya pada acara di Sarikei.

Pada 14 Jun, polis di Sarikei menahan seorang budak lelaki berusia 17 tahun kerana mengamuk dan merosakkan harta benda di sebuah tadika pada waktu sekolah.

Polis bertindak berikutan laporan dan rakaman video di media sosial yang menunjukkan budak lelaki itu mengamuk.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Awang Arfian Awang Bujang berkata, kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 427 dan 323 Kanun Keseksaan yang membabitkan kerosakan harta benda serta ugutan mencederakan orang ramai.

Dalam kejadian itu, seorang daripada guru tadika bertindak berani melindungi muridnya bagi menghalang suspek daripada menghampiri mereka.

Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan anugerah keberanian untuk guru itu yang dilaporkan mengalami kecederaan di tangan, kaki dan belakang. – The Vibes, 27 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi